suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh hukuman penjara dikurangkan, Seungri dijangka bebas Februari 2023

Seungri dijangka bebas tahun hadapan.

MAHKAMAH di Korea Selatan akhirnya memutuskan hukuman penjara selama satu tahun enam bulan ke atas penyanyi Seungri akibat sembilan kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Seungri yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun bagaimanpun telah mengemukan rayuan bagi kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal pelacuran dan judi, Seungri dipenjara 3 tahun, denda RM4.23 juta

Pada Ogos tahun lalu, bekas anggota Big Bang ini dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Mahkamah sebelum ini menyifatkan kesalahan penyanyi itu mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara.

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung Hyun sebelum ini menjalani hukuman di penjara tentera dan bakal dipindahkan ke penjara biasa.

Dia dijangka akan dibebaskan pada Februari 2023. -ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Seungri, Big Bang

Artikel Lain