suria

Alif Satar & The Locos tampil konsert simfoni, rai ulang tahun ke-25 Dewan Filharmonik Petronas

Alif & The Locos janjikan persembahan terbaik bersama MPO.

BAGI memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Dewam Filharmonik Petronas (DFP), penyanyi Alif Satar bakal tampil membuat konsert di pentas berprestij itu bersama kumpulan The Locos.

Konsert yang diberi nama Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO itu bakal berlangsung pada 23 Ogos ini bermula pukul 8.30 malam.

Persembahan ini juga bakal menyaksikan kolaborasi istimewa antara Alif & The Locos bersama kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan pengarah muzik, Ahmad Muriz Che Rose.

alif satar 2

Peminat juga berpeluang bersemuka dengan Alif Satar & The Locos.

Gabungan dua kumpulan muzik ini akan membawakan lagu-lagu popular nyanyian Alif dalam susunan dan interprestasi simfoni.

Pastinya sesuatu yang menarik apabila sebuah band seperti Alif Satar & The Locos tampil membuat persembahan dengan iringan muzik tambahan alunan simfoni.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahan pada malam tersebut termasuk Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku dan Akhiri Penantianku.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bersiap dalam bas sebelum AJL37... Alif Satar tak sangka menang tempat ketiga, reaksi muka terkejut buat penonton terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof tarik balik saman terhadap Jawi, MAIWP

Secara tidak langsung konsert ini juga membuktikan keunggulan MPO apabila bekerjsama denga sebuah band menghasilkan persembahan berkualiti.

Dalam masa sama Alif Satar & The Locos juga bakal tersenarai sebagai artis yang pernah berkolaborasi bersama MPO sama seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Harga tiket bermula dari RM155 dan peminat juga berpeluang bertemu Alif & The Locos dalam sesI ramah mesra dengan harga tambahan.

Tempahan tiket boleh dibuat secara emel kepada [email protected]

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain