suria

[V] Shikin Maembong pilih Makkah destinasi bulan madu, pasang impian pimpin tangan Cat Farish depan Kaabah

DOA Shikin Maembong di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum ini untuk dipertemukan jodoh serta menerima anak perempuannya disifatkan sudah dimakbulkan Allah.

Shikin atau Siti Nur Ashikin Ismail, 40, berkata, meskipun perkenalan dengan suami iaitu penyanyi dan komposer Cat Farish berlaku dalam tempoh singkat namun perjalanan hubungan mereka sehingga disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan.

"Saya pernah berdoa dekat Makkah untuk bertemu jodoh yang baik dan dapat menerima anak perempuan saya. Apabila jumpa Cat tak sangka semuanya dipermudahkan.

"Insya Allah kalau boleh nak berbulan madu di Tanah Suci sebab saya pasang niat nak berpimpinan tangan dengan suami di depan Kaabah," katanya kepada mStar.

Cat Shikin 1

Shikin dan Cat sah suami isteri dengan sekali lafaz.

Pada malam Khamis Cat dan Shikin disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota Kuala Lumpur Mohd Shukri Shafie yang berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong.

Dalam pada itu, Cat pula tidak melihat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Shikin sebagai tergesa-gesa sebaliknya kerana masing-masing sudah matang.

"Bagi saya perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi?

"Kami berkahwin untuk kebahagiaan anak-anak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Linangan air mata iringi pernikahan Cat Farish dan Shikin Maembong, sah jadi suami isteri sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong banyak bantu persiapan majlis... Cat Farish, Shikin jawab salah faham minta ‘sponsor’ kahwin

Tambah Cat, dia juga terharu apabila keluarga isteri banyak membantu membuat persiapan majlis perkahwinan mereka walaupun masing-masing sibuk dengan perkara lain.

"Apabila kami beritahu nak berkahwin, Chacha dan Emma yang paling kelam kabut sekali nak buat persiapan. Alhamdulillah keluarga banyak tolong.

"Rasa terharu juga bila adik-beradik banyak berjasa untuk majlis ini," luahnya.

Berkongsi mengenai cahaya mata, Cat dan Shikin sepakat menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT namun sekiranya ada rezeki mereka mengharapkan dikurniakan cahaya mata lelaki kembar.

Rasa terharu juga bila adik-beradik banyak berjasa untuk majlis ini.

SHIKIN MAEMBONG

KAKAK EMMA MAEMBONG

"Kami serahkan rezeki anak kepada Allah, kami tidak merancang. Tapi Shikin kalau boleh nak anak kembar atau lelaki memandangkan sudah ada tiga anak perempuan.

"Kami tak minta dan tak pula menolak memandangkan sudah ada empat orang anak," katanya.

Selain merancang mengerjakan umrah, pasangan ini juga bercadang untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal sebagai aktiviti bulan madu mereka.

Untuk rekod, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014.

Cat Shikin 4

Shikin dan Cat terharu anak-anak restu hubungan mereka.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Arianna Natasya, 8, namun bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Manakala Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada Februari lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain