suria

Syamsul Yusof tarik balik saman terhadap Jawi, MAIWP

Syamsul tarik semula saman terhadap JAWI dan MAIWP.

PENGARAH Syamsul Yusof bertindak menarik saman balik saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Peguam mewakili Syamsul iaitu Azahir Nasir berkata, pengurusan kes itu diselesaikan secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh.

Pada 28 Mac lalu, Syamsul bertindak memfailkan saman dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan pertama hingga ketiga.

Kes saman Syamsul terhadap JAWI dan MAIWP selesai.

Dalam tuntutan tersebut, Syamsul, 39, mendakwa ibunya iaitu Datin Patimah Ismail menyerahkan sekeping gambar melalui WhatsApp turut memaparkan nama, nombor kad pengenalan, sebahagian tandatangan dan keterangan isterinya Faghira Fatini Kazaruddin, 28, sewaktu dipanggil oleh Jawi pada 23 Disember 2022.

Kata Syamsul, keterangan tersebut memaklumkan dia dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ira Kazar telah menjalinkan hubungan sulit di antara 2019 dan 2021.

Bagaimanapun Ira menafikan tentang keterangan diberikan semasa dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan gangguan orang ketiga yang difailkan oleh bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Malah Ira turut membuat laporan polis berhubungan penyebaran keterangan berbaur fitnah itu pada 23 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof dakwa Jawi dedah maklumat, mahu saman RM10 juta termasuk fitnah kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul kesal dituduh bersetubuh luar nikah... Kali ini Ira Kazar pula mahu saman Jawi

Akibat kejadian tersebut, Syamsul berkata dia dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata mengguris perasaan dan turut mengakibatkan dia mengalami tekanan perasaan.

Syamsul juga percaya penyebaran itu dilakukan bagi memalukan, mengaibkan dirinya dan berniat jahat.

Syamsul dan Ira kahwin pada 6 Januari lalu.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazkan talak terhadap Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain