suria

[V] Syamsul kesal dituduh bersetubuh luar nikah... Kali ini Ira Kazar pula mahu saman Jawi

PENGARAH Syamsul Yusof menolak tuduhan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mendakwa dia telah melakukan persetubuhan luar nikah bersama Ira Kazar.

Syamsul, 39, berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kata Syamsul, kes berkenaan masih dalam siasatan di bawah Akta 599 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

ira1 - 1

Syamsul ditemani barisan peguam.

"Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan itu tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Mungkin.

"Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah. Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah minta cerai sebab ada orang lain, tak tergamak pukul isteri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Syamsul juga mendedahkan isteri keduanya, Ira Kazar atau Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 28, bakal mengemukakan saman terhadap Jawi.

Menurut peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman susulan pendedahan yang dibuat oleh Jawi kepada pihak umum.

Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

"Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan masih dalam siasatan.

"Isu berkenaan dengan siasatan tersebut, terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi.

"Saya rasa perkara itu tidak perlu dibesarkan. Pihak kami sedang mengambil tindakan undang-undang berkaitan siasatan yang dikatakan oleh Puteri Sarah itu. Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman," ujarnya.

Pada petang Selasa, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

ira2 - 1

Ira mahu saman Jawi.

Sarah bagaimanapun mempersoalkan tindakan suaminya dan berasa pelik kenapa baharu sekarang pengarah filem Munafik itu mahu memfailkan nusyuz sedangkan masalah rumah tangga mereka sudah berlaku sejak empat tahun lalu.

Pada pagi Rabu, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul secara mengejut memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya.

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk berbaik semula.

Sehubungan itu, Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain