suria

[V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

SELEPAS ramai tertanya-tanya dan ingin tahu apakah punca sebenar Datuk Aaron Aziz digugurkan dalam The Original Gangster, pengarahnya Syamsul Yusof akhirnya membuka mulut, menceritakan perkara sebenar walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan.

Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron Aziz menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.

Syamsul, 39, bagaimanapun menjelaskan pengguguran itu bukan keputusannya seorang tetapi ia melibatkan suara pihak produksi termasuklah barisan penerbit dan juga sahabat pelakon.

"Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya beritahu, Aaron tak boleh... dia sudah tua, dia dah gemuk.

syamsul3 - 1

Keputusan menggugurkan Aaron bukan hanya dilakukan oleh Syamsul.

"Tapi saya cakap jangan, kita bagi dia masa. Dia boleh kuruskan badan. Selain itu, dia juga ada masalah slip disc," katanya kepada pemberita.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Syamsul masalah kesihatan Aaron ialah faktor utama nama dia terpaksa digugurkan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku semasa penggambaran genre aksi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seakan-akan ada konflik, Aaron Aziz digugurkan dari 'Original Gangster' .. Sudah maafkan Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Soffi Jikan dedah ada isu belum selesai antara Aaron Aziz dan Syamsul... Harap mereka bersemuka selesai sengketa

Sebaliknya kerana masih mahukan Aaron berlakon, Syamsul sudah menasihati pihak produksi agar menangguhkan penggambaran untuk memberi masa kepada Aaron tetapi aktor itu gagal menunaikan janjinya.

"Penerbit bukan saya seorang sahaja. Saya bincang dengan mereka, kita tangguhkan penggambaran dan beri Aaron masa tapi dia gagal tunaikan,” ujarnya.

Syamsul juga memberitahu dia turut mengambil pendapat barisan pelakon lain yang mengatakan Aaron tidak mampu beraksi lasak.

Katanya, jika aktor itu diberi watak aksi, berkemungkinan ia akan mengganggu kesihatan dan akhirnya dia juga dipersalahkan.

"Perkara utama kenapa Aaron digugurkan adalah kerana saya takut kalau buat aksi lawan mengganggu masalah kesihatannya. Nanti saya juga dipersalahkan. Nombor dua, Sharnaaz dan Beto Kusyairy, penerbit saya, team koreografer semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana keadaan kesihatannya itu.

Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya cakap Aaron tak boleh. Dia dah tua, dia dah gemuk.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

"Sebelum penggambaran kita ada proses latihan. Semua datang dekat saya cakap Aaron ada masalah waktu latihan," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Syamsul memberitahu dia ada menghubungi Aaron, namun menerima reaksi negatif daripada aktor berkenaan.

Syamsul turut mempersoalkan tindakan Aaron yang seolah-olah menyalahkan dirinya dan mengambil kesempatan atas masalah rumah tangga yang dihadapinya

"Saya ada hubungi dia dan minta maaf memberitahu tentang hal ini. Sebab sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan namanya atas faktor-faktor tadi

"Tiba-tiba dia melenting pula. Saya dah terangkan kepada dia saya terpaksa dan tidak kisah kalau dah memang itu pandangan dia kepada saya.

"Fast forward, kisah tu pun dah lama tapi bila timbul masalah rumah tangga saya, semua pun tiba-tiba nak mengungkit," jelasnya.

Tambah Syamsul lagi, dia menasihatkan kepada golongan selebriti secara umumya agar sentiasa percaya kepada rezeki dan bukannya mengambil kesempatan atas orang lain.

syamsul4 - 1

Masalah kesihatan Aaron menjadi faktor utama.

"Secara umum saya cakap dekat sini, kita sebagai selebriti kalau agak-agak nama kita dah goyang ke apa, nombor satu percaya rezeki Allah. Lebih ke kurang kita kena terima.

"Kemudian, kita cuba buktikan dengan hasil kerja kita. Dengan bakat yang Allah kurniakan kepada kita. Bukan cari poin dengan masalah orang lain," katanya.

Pada 13 Mac lalu, Aaron mengesahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon filem Original Gangster arahan Syamsul.

Aaron bagaimanapun enggan mendedahkan punca namanya tercicir daripada projek berkenaan kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain