suria

Kecantikan anakanda Sultan Brunei, Puteri Ameerah saling tak tumpah seperti Azrinaz

Wajah Puteri Ameerah saling tak tumpah seperti ibunya, Azrinaz Mazhar Hakim.

KEMUNCULAN anak perempuan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam iaitu Sultan Hassanal Bolkiah sering mendapat perhatian ramai terutamanya apabila beliau muncul dalam majlis-majlis rasmi negara berkenaan.

Terbaharu wajah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini berusia 15 tahun menjadi tumpuan apabila dikatakan mirip dengan ibunya iaitu bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Azrinaz, 44, turut memuat naik foto Puteri Ameerah di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai mesej mengenai wajah anakandanya.

Malah Azrinaz sendiri turut mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh anak keduanya itu.

Az 2

Kecantikan Puteri Ameerah sentiasa mendapat pujian ramai.

"Gambar awak viral beberapa hari ini. DM dan tag saya dipenuhi dengan gambar awak.

"Ramai yang kata kita seiras... kecantikan dan keanggunan cukup mempesonakan. Semoga diberkati" tulisnya di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut mengakui wajah Puteri Ameerah sememangnya seiras Azrinaz malah ramai mengagumi kejelitaannya yang semakin menyerlah apabila meningkat dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Azrinaz Mazhar Hakim hamil 7 bulan, syukur diberi peluang mengandung lagi pada usia 42 tahun - “Saya tidak sangka jarak agak rapat dengan anak ketiga”

ARTIKEL BERKAITAN: “Proses bersalin berjalan dengan lancar” - Azrinaz Mazhar Hakim selamat lahirkan bayi perempuan

“Copy paste wajah ibunya... memang sama.

“Tak tahu bahagian mana yang tak sama. Memang klon ibunya.

“Awak seorang ibu yang hebat, dapat tengok anak dari jauh sahaja,” antara komen netizen.

Az 3

Komen netizen yang mengatakan wajah ibu dan anak ini seiras.

Untuk rekod, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei sebagai isteri kedua pada 2005 namun jodoh mereka tidak panjang dan mereka bercerai lima tahun kemudian.

Selain Puteri Ameerah, Azrinaz turut mempunyai seorang lagi anak bersama Hassanal iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel yang kini berusia 17 tahun.

Pada 1 Mei 2018, Azrinaz bertemu jodoh dengan Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas petugas TV3 dan pasangan itu bahagia bersama dua cahaya mata mereka iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain