suria

Exists dan Ukays inspirasi terbesar Ungu, jadi rujukan sebelum bergelar artis

Ungu menghiburkan 5,000 peminat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

KUMPULAN Ungu memilih mendendangkan lagu Alasanmu dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu sebagai penghormatan kepada pemuzik di Malaysia pada konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur - 30 Hits Timeless pada malam Ahad.

Vokalis Ungu iaitu Sigit Purnomo Said atau Pasha, 45, berkata, lagu nyanyian asal Exists dan Ukays itu antara yang memberi inspirasi kepada mereka memulakan karier nyanyian di Indonesia.

Kata Pasha, Ungu sebelum ini sangat dipengaruhi muzik era 90-an yang banyak dijadikan rujukan.

Pasha menyapa penonton yang hadir memberikan sokongan.

Pasha menyapa penonton yang hadir memberikan sokongan.

"Muzik Malaysia pada tahun 90-an membawa pengaruh banyak buat Indonesia. Kami (Ungu) mula bermain muzik atas inspirasi muzik Malaysia pada ketika itu.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pemuzik di Malaysia yang sudah memberikan banyak rujukan bagi kami untuk bermain muzik," katanya.

Cerita Pasha, biarpun sebelum ini mereka mendengarkan karya-karya dari negara Eropah dan Timur Tengah, namun penyanyi itu menyifatkan lagu dari Malaysia tetap memberikan impak paling kuat untuk mereka menceburkan diri dalam bidang muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungu suka buat persembahan di Malaysia, sambutan peminat luar biasa... Bakal adakan konsert tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai kempen Pemilu 2024, Pasha Ungu tawakal dan serah kepada rakyat untuk mengundi

"Dulu kami juga mendengar muzik dari Amerika Syarikat dan Timur Tengah, tetapi muzik Malaysia memberi pengaruh paling hebat kerana kita dibawah satu rumpun yang sama.

"Izinkan kami memberikan penghormatan kepada pemuzik dan rakyat di Malaysia untuk membawakan dua buah lagu dari Malaysia," ujarnya.

Turut mendapat perhatian, konsert tersebut dihadiri oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama 5,000 penonton lain.

Konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur - 30 Hits Timeless yang dianjurkan oleh AKE Group ini menampilkan 30 buah lagu termasuk Percaya Padaku, Cinta Dalam Hati, Bila Tiba, Seperti Yang Dulu, Tercipta Untukku dan banyak lagi.

Selain Pasha, Ungu turut dianggotai oleh Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (bass) dan Rowman (dram).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain