suria

Tepati ramalan! Sharif dan Syaiful juara Famili Duo 3, bawa pulang wang tunai RM100,000

Sharif dan Syaiful dinobat sebagai juara Famili Duo 3.

DUO beradik Sharif dan Syaiful menepati ramalan muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga yang berlangsung di

Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Dengan kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Dalam saingan peringkat akhir itu, Sharif dan Syaiful membawa lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Namie dan Floor88 pada pusingan pertama.

Persembahan Sharif dan Syaiful berjaya menambat hati juri.

Persembahan Sharif dan Syaiful berjaya menambat hati juri.

Sementara itu, pusingan kedua dengan tema bebas pula mereka membawa lagu medley Lemak Manis (Roslan Madun), Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais) dan Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay).

Pasangan tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekaligus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Menerusi komen juri tetap, Mas Idayu dan Ajai menyifatkan Sharif dan Syaiful sebagai artis yang bijak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Zero mendunia guys!" - Atu kalah main badminton tapi tawan hati peminat Indonesia, rupanya memang ramai pengikut dari seberang

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero ditegur asyik ulang pakai baju sama, sudah biasa hidup sederhana... "Dari dulu ini la style saya"

Ajai atau Mohd Faizal Maas,48, berkata, meskipun mereka mempunyai kekurangan, namun pemilihan lagu membuatkan kelemahan mereka berjaya ditutupi.

"Kamu ini pada saya artis yang bijak. Bijaknya memilih lagu sebab pergi kepada kemampuan.

"Tak membodohkan diri, tak malukan diri. Itu penting setiap persembahan. Saya tidak perlukan penyanyi dahsyat, tinggi. Saya nak yang sedap mendengar.

"Ikut kemampuan. Percaturan, prop yang digunakan," katanya semasa memberikan komentar kepada dua tersebut pada Ahad.

Selain itu, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy berkata, dia amat berpuas hati dengan persembahan yang disampaikan itu.

Dalam masa sama, Mummy turut memuji kedua-dua adik beradik tersebut kerana dikatakan mempunyai peningkatan yang sangat tinggi.

Persembahan kedua duo beradik ini menerima sorakan gemuruh penonton.

"Mummy dapat satu kepuasan dan dapat tengok peningkatan yang sangat tinggi dalam nyanyian," ujarnya.

Malam final itu turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Ernie Zakri dan Syamel yang mempersembahkan lagu duet mereka iaitu Rindu dan Selangit

Famili Duo musim kedua dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam. la turut disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain