suria

Nampak macam liar tapi Tom sama seperti isteri lain buat kerja rumah, jaga suami… “Pandai-pandai netizen cop saya”

Tom dituduh sebagai seorang yang liar.

PENYANYI Tom meluahkan rasa kurang senang dengan komen seorang netizen melabel dirinya sebagai perempuan liar.

Menjawab mengenai perkara itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata kehidupannya tidak seperti apa yang dikatakan sebaliknya dia lebih suka duduk rumah dan memasak.

"Liar celah mana entah. Nampak sahaja liar, hidup Tom ini duduk rumah memasak, membebel, cuci baju lipat kain, jaga anak dan suami.

Perkongsian yang dimuat naik Tom di Instastory miliknya.

Perkongsian yang dimuat naik Tom di Instastory miliknya.

"Celah mana liar entahlah. Pandai-pandai saja netizen cop saya ini liar," katanya.

Tom berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum ini, Tom mendedahkan dia menerima komen-komen negatif gara-gara berkongsi kisah lampau mengunjungi kelab malam ketika hamil anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dulu 9 bulan boleh clubbing lagi..." - Tom rasa beza hamil bayi perempuan, cepat penat dan lebih suka tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari tak rasa air tangan isteri Fuad Rahman boleh merajuk, Tom dedah masak sendiri sejak kahwin

Susulan daripada itu, Tom menerima komen netizen memintanya menjaga tingkah laku dan menyarankan dia untuk banyak membaca al-Quran sebelum melahirkan anak.

"Orang mengandung banyak mengaji, tapi dia (Tom) liar macam mana boleh dapat bersalin normal," tulis netizen.

Peserta program Famili Duo musim ketiga (FD3) ini sebelum itu berkata, mengandungkan bayi perempuan memberi pengalaman baharu buatnya memandangkan sebelum ini kesemua anaknya adalah lelaki.

Kata Tom, kehamilan kali ini membuatkan dia lebih suka tidur berbanding mengandungkan tiga anak lelaki yang sentiasa membuatkan dia aktif.

Tom kecewa dengan dakwaan netizen yang menyifatkan dirinya liar.

Tom kecewa dengan dakwaan netizen yang menyifatkan dirinya liar.

Untuk rekod, Tom dan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain