suria

Impian Mira Filzah lebar sayap ke Indonesia tercapai, bergandingan dengan Refal Hady dalam filem cinta

Mira teruja belajar benda baharu di Indonesia.

IMPIAN Mira Filzah untuk berlakon di Indonesia tercapai apabila dia menjadi salah seorang pelakon dalam filem terbaharu arahan Hanung Bramantyo berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Kata Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, dia bersyukur apabila dipilih membintangi filem di bawah arahan pengarah terkenal itu.

"Sejujurnya saya rasa sangat teruja, terharu dan bersyukur dapat terlibat di dalam filem ini kerana sememangnya untuk melebarkan sayap ke Indonesia sudah menjadi Impian saya sejak dahulu lagi.

Mira teruja belajar benda baharu di Indonesia.

Mira mula penggambaran Disember ini.

"Jadi apabila dipilih untuk terlibat di dalam filem ini dan bekerjasama bersama sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo menjadi satu kebanggaan buat diri saya sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Mira yang bakal bakal memulakan penggambaran filem berkenaan pada awal Disember ini di Yogjakarta menganggap peluang ini sebagai satu pembelajaran baharu buat dirinya.

Malah dia turut teruja apabila dapat berkerjasama dengan pelakon lagenda Indonesia seperti Dwi Irawan dan Slamet Rohardjo.

"Saya sifakan ini sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman terbaik buat saya," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Manisnya dia, iras muka mama la” - Mira Filzah dan suami kongsi foto anak di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru 7 bulan sudah jadi rebutan... Mira Filzah tak terfikir bawa anak masuk dunia hiburan

Sementara itu, penerbit Seven Skies Motion, Azlin Hilda Abdul Latiff meluahkan rasa teruja apabila filem yang dirancang pada 2021 akhirnya terlaksana.

Katanya, ketika itu perkara ini agak sukar direalisasikan memandangkan seluruh dunia diserang wabak Covid-19.

"Ketika itu usaha kita terbatas kerana masih dalam suasana pandemik. Alhamdulillah, impian ini terlaksana dan saya rasa sangat gembira. Semoga perjalanan penggambaran filem ini berjaya dan semuanya dipermudahkan," ujarnya.

Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ini merupakan adaptasi novel terlaris karya Phutut EA yang mengisahkan tentang pergolakan cinta seorang penulis buku, Daku Ramala lakonan Refal Hady.

PCCTPTW5154

Pelakon dan kru untuk filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Ketika Daku dalam mencari cinta sejati dalam hidupnya dia berkenalan dengan tiga wanita berbeza iaitu Sarah.

Mereka kemudian menjadi akrab namun hubungan cinta mereka tidak kesampaian.

Cinta Tak Pernah Tepat Waktu ini juga khabarnya bakal menampilkan lagu tema ciptaan komposer muzik tersohor, Melly Goeslaw dan bakal dinyanyikan oleh Aina Abdul dan Fabio Usher.

Selain Mira dan Refal, filem Cinta Tak Pernah Waktu turut menampilkan Nadya Arina, Carissa Perusset, Dwi Irawan dan Slamet Rahardjo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain