suria

Ayu Damit selamat bersalin anak keempat, ‘baby girl’ lahir awal daripada jangkaan

Ayu menyambut kelahiran cahaya mata keempat.

PENYANYI Ayu Damit selamat melahirkan anak keempat di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu.

Bayi perempuan seberat 2.3 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 1.21 pagi.

Menurut Ayu atau Norayu Damit, 33, bayi tersebut dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan.

ayu damit 2

Ayu bersalin awal dari tarikh jangkaan.

"Alhamdulillah... baby tak sabar nak keluar dari tarikh sepatutnya. Sepatutnya bersalin 19 Disember ini, tetapi semalam sudah rasa sakit dan pergi buat pemeriksaan.

"Tak sangka pula baby nak keluar awal," katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun sudah berpengalaman dengan tiga cahaya mata sebelum ini, namun kelahiran kali ini cukup berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan sudah masuk 7 bulan, Ayu Damit tak boleh duduk diam... Lepas pantang pun jadual dah penuh

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menanti... Ayu Damit sanggup keluar modal sendiri demi ‘Kejam’

Dia juga memaklumkan tidak akan mengambil tempoh rehat terlalu lama kerana ada tugasan yang perlu dilakukan.

"Sudah lapan tahun tiada anak kecil. Jadi kali ini rasa macam sambut anak pertama. Syukur semuanya selamat dan bayi sihat.

"Saya akan rehat untuk berpantang sahaja. Lepas itu akan kembali bekerja," ujarnya.

ayu damit 3

Ayu bersama suami dan tiga anaknya.

Sementara itu Ayu memaklumkan akan berkongsi wajah dan nama anaknya itu seminggu selepas kelahiran.

"Nama dah ada. Tetapi suami kata tunggu seminggu dahulu. Kami pun ikut cakap orang yang lebih arif supaya tidak terlalu awal berkongsi wajah anak," jelasnya.

Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Syed Fauzi pada 2009 dan dikurnakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 14, Sharifah Alya Aryana, 11, dan Syed Aqif Najmi, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain