suria

Maklumat diri didedah gara-gara lantang isu Palestin, Kaka Azraff kekal tenang diserang penyokong Israel ‘koyak’

Kaka pilih berdiam diri sehingga keadaan reda.

NAMA menjadi sebutan media pro-Israel atas kelantangannya berhubung isu Palestin, penyanyi Kaka Azraff dilihat kekal tenang berdepan kecaman netizen di media sosial.

Menjawab dakwaan kononnya kontrak bersama sebuah label muzik turut terkesan atas isu ini, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata dia akan memberikan kenyataan berhubung perkara itu apabila sudah bersedia.

"Buat masa sekarang ini saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi, tapi bila saya dah bersedia saya akan beri kenyataan.

kaka 1

Antara tangkap layar yang tersebar di media sosial.

"Apa-apa pun terima kasih sebab bimbangkan saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, nama Kaka kecoh diperkatakan apabila penyokong tegar Israel mula berkongsi menyebarkan data peribadi mengenai penyanyi berkenaan di sebuah akaun Instagram, Jew Hate Database.

Mereka juga seolah-olah berkempen ingin menjatuhkan Kaka apabila memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah label Warner Music Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff selamat bersalin hero ketiga, sempat makan durian walau tengah tahan sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah atas pentas... Kaka Azraff lupa sedang hamil, bakal timang ‘hero’ ketiga

Ia selepas penyanyi berkenaan bertindak membalas Instastory dimuat naik oleh pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Menurut tangkap layar yang tersebar itu, Kaka mengecam tindakan Israel dan bersetuju dengan pemimpin Nazi iaitu Adolf Hitler yang terkenal dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa? Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” balas Kaka dalam mesej tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain