suria

Dua tahun menanti… Ayu Damit sanggup keluar modal sendiri demi ‘Kejam’

Ayu Damit puas hati lagu Kejam berjaya dihasilkan selepas dua tahun tersimpan.

SEKIAN lama menyepi, penyanyi Ayu Damit muncul dengan lagu baharu berjudul Kejam hasil ciptaannya bersama suami tercinta iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin.

Kata Ayu atau Norayu Damit, 33, lagu ini dihasilkan dengan usahanya sendiri sehingga sanggup mengeluarkan modal dan tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana terlalu serik dengan pengalaman lalu.

"Syukur Alhamdulillah, penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi dengan terlahirnya single Kejam ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi bagi menyiapkan lagu ini.

323790469_2509033669261830_9055874306585568689_n

Ayu Damit muncul dengan lagu Kejam ciptaan bersama suami.

"Malah tidak hampir setahun masa diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun saya akur ini adalah ketentuan-Nya kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya," katanya kepada mStar.

Tambah Ayu, dia sengaja memilih genre balada kerana mahu menonjolkan kemampuan vokal dalam sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an namun tetap kedengaran ‘fresh’ dan baharu.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga mendapat sentuhan daripada komposer muda iaitu Khairul Daniel yang mana berjaya menepati cita rasanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balan Kash buktikan mampu kuasai bahasa Melayu dengan baik, ajak Hazama duet lagu ‘Terima Kasih’

ARTIKEL BERKAITAN: “Masyarakat kurang peka dan tidak faham”- IamNeeta tampil lagu baharu, angkat mesej depresi

"Saya bertemu dan berbincang dengan komposer bernama Khairul Daniel lantas menyatakan lagu bagaimana yang saya mahukan dan dia seakan mengerti kehendak serta citarasa saya, setelah berbincang kami terus ke studio bagi memulakan proses rakaman lagu tersebut.

"Bayangkan proses untuk menyiapkan lagu ini bermula dari bulan Februari sehingga Oktober kerana banyak perkara terpaksa saya uruskan sendiri dengan tunjuk ajar komposer yang banyak membantu dan banyak saya pelajari dari A sehingga Z," ujarnya.

315921758_451136613766654_4253949729736263575_n

Kejam mengisahkan tentang cinta bertepuk sebelah tangan.

Berkongsi tentang lagu ini, Ayu berkata Kejam mengisahkan tentang perhubungan bertepuk sebelah tangan yang tidak mendapat balasan.

"Lagu ini sebenarnya berkisar sepasang kekasih yang mengharapkan cinta namun tidak balas dan tiada kata putus lantas perbuatan kekasihnya ‘kejam’ kerana telah dipersiakan sebegitu," katanya lagi.

Lagu Kejam boleh didengari dan dimuat turun di iTunes, Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain