suria

Peminat bagi ‘gift’ sampai RM3 juta? Azlee Senario terkejut baca berita, baru 2 minggu guna live di TikTok

Azlee menafikan dakwaan menerima gift jutaan ringgit.

PENYANYI dan pelawak Azlee Senario terkejut apabila muncul berita mendakwa dia memperoleh gift (hadiah) sebanyak RM3 juta pemberian peminat sewaktu bersiaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menjawab mengenai laporan itu, Azlee atau Azlee Jaafar, 56, berkata blogger berkenaan telah menyebarkan perkara tidak benar kepada masyarakat.

"Ya Allah siapalah yang tulis sampai tiga juta tu. Tolonglah saya baru dua minggu buat live di TikTok.

azlee1 - 1

Azlee menghargai sokongan yang diberikan peminat.

"Ini semua tak betul. Kalau benda tak betul jangan tulis sembarangan," katanya.

Azlee berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Sebelum ini, Azlee tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila menerima nilai gift tinggi daripada peminat di platform berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu, soal rezeki Tuhan tentukan

ARTIKEL BERKAITAN: "Populariti tolak tepi, jangan rasa malu" - Azlee Senario beri contoh baik artis tak memilih kerja demi cari rezeki

Peminat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Azlee kerana pernah menghiburkan dia dan arwah ibunya suatu ketika dahulu.

"Rezeki dari Allah. Terima kasih abang Azlee kerana pernah menghiburkan arwah ibu tercinta saya," tulis peminat.

Untuk rekod, Azlee mula mencipta nama bersama kumpulan komedia Senario pada era 1990-an dan antara filem-filem popular dibintangi mereka termasuk Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario dan banyak lagi.

Selain berlakon, kumpulan Senario juga mempunyai lagu-lagu popular yang sering menjadi siulan peminat seperti Sebelum Dan Sesudah, Cari Tapak, Cinta Berkarat, Cepat Kaya dan Joget Toleh Menoleh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain