suria

Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu, soal rezeki Tuhan tentukan

Azlee terbuka menerima kehadiran pelawak baharu yang kreatif dan bijak menghasilkan lawak.

PELAWAK, Azlee Senario menyangkal dakwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu.

Kata Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55, dia sebaliknya menyambut baik kehadiran artis muda dan tidak melihat mereka sebagai saingan.

"Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat.

"Kumpulan Senario juga masih aktif dan kami akan muncul dengan projek baharu namun masih dalam rangka rancangan," jelasnya pada mStar.

Untitled design (1)

Sekiranya tidak terikat dengan aktiviti penggambaran, Azlee lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan majlis.

Mengulas lanjut, Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh senstiviti yang mampu mencetuskan kontroversi.

"Perkembangan industri pelawak sudah semakin berkembang dan pada saya itu satu perkara yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ‘shock value’ dalam persembahan komedi, Afdlin Shauki minta pelawak tahu batas di pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Asif sempat bergurau dengan wartawan, kongsi perasaan jadi pelawak popular sambil urut dada - “Rasa berdebar dap, dap, dap...”

"Paling penting percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Jadi kita perlu lakukan yang terbaik dan jangan buat lawak yang mengundang aib.

"Cuba untuk hasilkan lawak bijak yang dapat menjaga martabat kita sebagai pelawak," ujarnya.

Azlee berkata demikian ketika hadir sesi sidang media dalam talian drama Anak Beranak Abe Yie pada Selasa.

Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat

AZLEE SENARIO

PELAWAK

Drama arahan Pali Yahya dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures itu turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz.

Memulakan siaran pada 16 Ogos setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di TV3, Anak Beranak Abe Yie mengisahkan ragam sebuah keluarga menjalani kehidupan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Kekecohan dan pelbagai aksi lucu berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya itu sehingga insiden tidak diduga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir