suria

Padah ‘shock value’ dalam persembahan komedi, Afdlin Shauki minta pelawak tahu batas di pentas

Afdlin berharap pelawak lebih sensitif terhadap isu agama sebagai bahan komedi mereka.

PELAWAK dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki meminta agar pelawak menjauhi isu-isu sensitif termasuk melibatkan agama sebagai bahan komedi mereka.

Afdlin berkata, sebagai seorang pelawak yang bijak dan berilmu, mereka boleh membezakan perkara baik dan buruk selain perlu sedar tentang sensitiviti masyarakat namun tetap menghiburkan.

"Di Malaysia kalau kita tengok, pelawak antara yang menerima bayaran tertinggi jika mereka lakukan kerja dengan betul.

"Ingat kita ini negara Islam dan juga dari Asia yang mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan persembahan komedi. Pelawak yang bijak, dia tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah persembahan yang baik.

Untitled design (25)

Tangkap layar video perkongsian Afdlin Shauki di Instagram.

"Itu akan membezakan antara pelawak yang bijak dan sebaliknya. Nak buat persembahan gunakan otak," jelasnya.

Afdlin berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan seorang wanita, Siti Amira Natasha Abdullah yang membuka tudung dan pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur baru-baru ni.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu menghina agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak wanita mengaku hafal 15 juzuk al-Quran buka baju atas pentas, Shahrol Shiro kutuk content hina Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tanggal baju separuh bogel buat ‘live’ jawab soalan netizen, kerap kongsi tip hubungan seks di YouTube

Dalam pada itu, Afdlin berkata, tidak dinafikan di Malaysia lebih mudah untuk mendapat perhatian sekiranya menggunakan kaedah shock value atau elemen kejutan dalam sesutu perkara.

Namun katanya, ia tindakan yang berbahaya dan apa yang berlaku kepada Siti Amira adalah bukti jelas kesan kaedah itu.

"Tidak dinafikan di Malaysia kita memang mudah untuk mendapat perhatian sekiranya menggunakan shock value (elemen kejutan) dalam persembahan.

Untitled design (26)

Pelawak perlu bijak pilih bahan untuk buat persembahan dan sebaiknya jangan menggunakan isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan agama.

"Sebagai contoh perkara melibatkan sindiran fizikal tetapi elemen ini tahap komedi paling rendah.

"Sama juga dengan pelawak yang sedang viral. Shock value memang cepat popular tetapi akan mencetuskan kemarahan orang ramai," katanya.

Tambah Afdlin, dia berharap pelawak baru agar lebih bijak menyusun perjalanan karier agar mampu bersaing dan kekal lama dalam industri.

Sebagai seorang pelawak kata Afdlin, mereka perlu bijak memilih bahan untuk diketengahkan dalam persembahan dan sebaik-baiknya menjauhi isu sensitif termasuk berkaitan agama.

Pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2001, 2006 dan 2009 itu pernah bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega 2011 bersama Allahyarham Harun Salim Bachik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu