suria

[VIDEO] Dompet hilang tapi ada kejutan lain buat Azlan The Typewriter, dipertemukan dengan sahabat 28 tahun terpisah

Dugaan gilang dompet bawa hikmah buat Azlan.

DUGAAN kehilangan dompet baru-baru ini rupanya terdapat hikmah tersembunyi buat vokalis kumpulan Azlan and The Typewriter iaitu Azlan apabila dia dipertemukan kembali dengan sahabat lamanya dikenali sebagai Hirwan Hidayat selepas 28 tahun terpisah.

Azlan atau Nor Azlan Rosle Sallehudin, 40, berkata, dompetnya miliknya hilang di sekitar kawasan Bukit Bintang sebelum ditemui oleh sahabatnya itu di tengan padang golf di Selangor Royal Club, Kuala Lumpur.

"Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, wallet dah jumpa! Hilang di Bukit Bintang tetapi jumpa di padang golf... lain macam.

azlan 2

Azlan juga berkongsi kenangan gambar lama mereka di bangku sekolah.

"Hilang dompet, jumpa sahabat lama. Apa yang saya belajar hari ini duit dan sahabat nilainya tak pernah sama.

"Duit yang hilang biarlah, sahabat yang jaga sama-sama," katanya.

Azlan berkongsi sebuah video bertemu sahabatnya itu yang bekerja di pusat rekreasi berkenaan dan terjumpa dengan dompet miliknya ketika sedang meronda di kawasan padang golf.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Typewriter patah kaki kiri, tergelincir semasa ‘hiking’ di Semenyih - “Tanah licin, bukit pula menjunam... saya hilang imbangan”

Bagaimanapun, wang dalam dompet tersebut telah lesap namun bersyukur dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen serta kad bank masih ada.

Hirwan turut memberitahu dia juga tidak menyangka dompet yang ditemui itu adalah milik Azlan.

Duit yang hilang biarlah, sahabat yang jaga sama-sama

AZLAN AND THE TYPEWRITER

PENYANYI

Azlan yang turut berkongsi pertemuan dengan Hirwan sempat meluangkan masa bersama sahabatnya itu mengimbau kenangan lama ketika mereka di bangku sekolah.

Antara cerita yang dikenang kembali adalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana mereka akan berkunjung ke rumah selebriti popular Salih Yaacob dan Malek Noor.

Azlan turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas pulih daripada kecederaan akibat terjatuh ketika mendaki bukit pada September tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain