suria

Penyanyi kelahiran Malaysia Eison Chai meninggal dunia terjatuh di stesen MRT Taiwan

Polis masih menjalankan siasatan punca Chai terjatuh di stesen MRT.

PENYANYI kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Taiwan iaitu Eison Chai meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou sekitar pukul 10 pagi pada Rabu.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis di negara itu kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar penyanyi berusia 40 tahun itu terjatuh.

Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya yang berkaitan soal cinta.

"Cinta adalah pelajaran yang paling sukar dalam hidup, namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan dapat selamanya," tulis Chai.

ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P mengaku pernah cuba bunuh diri, dedah alami kemurungan sejak kecil

Chai memulakan kerjaya nyanyian selepas memenangi pertandingan Super Idol musim kedua pada tahun 2008.

Chai yang juga seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada 2020.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Chai juga dilaporkan mengalami kerugian dianggarkan RM742,500 menerusi perniagaan sebuah restoran yang terletak di Ximending.

Isteri Chai dilaporkan tiada di rumah ketika hari kejadian kerana berada di luar kawasan

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain