suria

T.O.P mengaku pernah cuba bunuh diri, dedah alami kemurungan sejak kecil

T.O.P Bigbang dedah kisah silam secara umum buat pertama kali.

BUAT pertama kali, ahli kumpulan Bigbang iaitu T.O.P mengakui dia pernah membuat cubaan membunuh diri sekitar lima tahun lalu.

T.O.P bagaimanapun menyedari perbuatan itu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang sekelilingnya termasuk keluarga dan peminat.

"Ini kali pertama saya memberitahu perkara ini secara umum. Saya pernah mencuba untuk bunuh diri sekitar lima tahun lalu.

"Namun saya menyedari, betapa banyak kenangan yang menyakitkan telah saya berikan kepada orang sekeliling, keluarga dan peminat di luar sana," katanya.

T.O.P berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama majalah prestige Hong Kong baru-baru ini.

Dalam pada itu, T.O.P turut mendedahkan berdepan dengan masalah kemurungan sejak zaman kanak-kanak lagi.

"Sejak kecil, saya menderita dengan masalah depresi. Tapi dengan melihat sesuatu yang indah terutama seni, saya berasa tenang.

"Saya dilahirkan untuk berasa sedih. Saya berasa lebih sensitif berbanding dengan kanak-kanak lain sejak saya masih kecil," ujarnya. - Allkpop

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain