suria

Goo Joon Yeob 'contact' semula bekas kekasih selepas dapat berita sudah bercerai... 20 tahun tunggu masa untuk melamar

Goo Joon Yeob bakal kahwin dengan bekas kekasih 20 tahun lalu, Barbie Hsu.

SELEPAS 20 tahun berpisah, akhirnya cinta pelakon Goo Joon Yeob dengan aktres Taiwan iaitu Barbie Hsu bertaut semula.

Menerusi laman Instagram, Goo Joon Yeob mengumumkan dia dan kekasih hatinya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Goo Joon Yeob, cinta mereka kembali bertaut selepas dia menghubungi semula Barbie Hsu sebaik saja mengetahui tentang perceraian kekasihnya itu.

"Saya bakal berkahwin. Saya akan teruskan cinta yang tidak kesampaian pada 20 tahun lalu dengan wanita yang saya cintai.

"Selepas mendengar khabar mengenai perceraiannya, saya dapat nombor telefonnya dari 20 tahun lalu dan terus hubunginya.

"Nasib baik, dia masih menggunakan nombor telefon yang sama, jadi kami dapat berhubung semula. Tak mahu membuang masa lagi, jadi saya melamar dan dia terima.

"Kami cadang untuk daftar perkahwinan dan tinggal bersama. Sebabkan perkahwinan ini sudah lambat bagi saya, jadi saya mohon sokongan dan restu," tulisnya.

Barbie Hsu berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Wang Xiaofei pada 2011, namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.

Sebelum itu, Goo Joon Yeob dan Barbie Hsu pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2010. - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain