suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai tiga bulan, cinta Hyomin (T-ara) dan pemain bola sepak Korea berakhir

Hyomin dan Hwang Ui kini masih berkawan baik

TERTEKAN dengan keadaan sekeliling, menjadi punca hubungan cinta Hyomin (T-ara) dan pemain bola sepak Korea Selantan Hwang Ui Jo kini berakhir.

Perkara tersebut disahkan oleh agensi pengurusan Hyomin sendiri yang turut menjawab khabar angin percintaan mereka sejak awal Januari.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyomin (T-ara) terpaksa batal kemunculannya di Vietnam

“Pada awal Januari lalu mereka berjumpa dan mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Bagaimanapun disebabkan tekanan dengan situasi, perasaan cinta semakin hilang.

“Mereka bagaimanapun masih kekal sebagai sahabat baik,” ujar kenyataan agensi tersebut.

Agensi tersebut juga memaklumkan sebelum ini Hyomin dan Hwang Ui tidak diwakili oleh mana-mana agensi.

Disebabkan itu tidak ada sebarang kenyataan yang memberitahu mereka sedang bercinta.

Hyomin dan Hwang Ui juga sebelum ini pernah dilihat meluangkan masa bercuti sama di Switzerland. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain