suria

Timbul spekulasi baharu, Tangmo Nida dipaksa layan nafsu lelaki VVIP sebelum jatuh bot

Netizen syak pengurus menjadi dalang punca kematian Tangmo.

MISTERI kematian pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Pelbagai spekulasi muncul membicarakan mengenai kematian aktres itu yang didakwa merupakan satu pembunuhan terancang.

Antara yang menjadi suspek adalah sahabat baik yang juga merupakan pengurusnya iaitu Kratik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 suspek selepas terima RM3.8 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: Polis bentang laporan awal kematian Tangmo Nida... Masih cari bukti yang didakwa sempat dibuang ke sungai

Selain itu dua lagi individu iaitu pemilik bot laju, Tanupat "Por" Lerttaweewit dan Phaiboon "Robert" Trikanjananu.

Menurut laporan portal Fame, sebuah akaun Instagram mendedahkan Tangmo meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang lelaki yang turut berada di atas bot.

Lelaki berkenaan mencekik Tangmo kerana aktres berusia 38 tahun itu menolak untuk melakukan hubungan seks.

tangmo seks

Netizen percaya kematian Tangmo Nida adalah satu konspirasi pembunuhan terancang.

Ketika pergelutan itu berlaku, Tangmo dikatakan melawan dan terjatuh daripada bot.

Lelaki berkenaan dikatakan sudah membayar sejumlah wang kepada pengurus Tangmo.

Spekulasi kematian Tangmo menjadi lebih hangat apabila ibunya iaitu Panida didakwa menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta bagi menutup mulut berhubung insiden itu.

Bahkan ibunya juga mengakui dia tidak membesarkan Tangmo dan aktres itu lebih akrab dengan ayah kandungnya.

ibu tangmo

Ibu Tangmo sudah memaafkan dua suspek.

Tangmo kembali ke pangkuan Panida selepas ayahnya itu meninggal dunia.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pada Isnin, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain