suria

Laporan polis menunjukkan kematian Tangmo Nida akibat kemalangan

Polis masih kumpul bukti berkait punca kematian Tangmo Nida.

KEMATIAN pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen hingga timbul pelbagai spekulasi di media sosial.

Terbaharu, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bongkar video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit suruh ke belakang bot

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Thailand guna lagu Lisa Blackpink sindir ibu Tangmo Nida... Gelar mata duitan gara-gara terima RM3.8 juta

Namun pihak polis akan terus mencari maklumat tambahan selepas pemeriksaan forensik selesai beberapa hari lagi.

Menurut laporan Bangkok Post, polis juga menubuhkan pasukan penyiasat untuk mengumpulkan bukti berkait dengan insiden berkenaan.

tangmo2

Punca kematian Tangmo terus menjadi misteri.

Sekurang-kurangnya 29 saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kematian aktres ini.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah 1 iaitu Jirapat Phumijit berkata mereka sedang mengumpul barang bukti dan proses berkenaan kebiasaannya memakan masa yang panjang.

Pada Sabtu lalu, pasukan penyelam menemukan dua objek di Sungai Chao Phraya yang menjadi lokasi terakhir Tangmo ditemui lemas.

Mereka juga sedang mencari barang yang disebut saksi telah dibuang ke sungai selepas Tangmo jatuh dari bot laju.

tangmo 1

Netizen tuntut keadilan atas kematian Tangmo.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis kini masih meneruskan siasatan terhadap lima individu yang turut berada di dalam bot sama termasuklah pengurusnya Kratik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain