suria

Netizen bongkar video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit suruh ke belakang bot

Video terakhir Tangmo beri petunjuk baharu.

VIDEO terakhir Tangmo Nida yang dirakam pengurusnya, Kratik menjadi petunjuk baharu bagi merungkai kematian aktres Thailand itu.

Menurut laporan Thethaiger, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memperlihatkan Tangmo sedang memegang gelas minuman sambil menyanyikan lagu dan mengusap rambutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Tangmo Nida dakwa diugut, terima buku pelik tulisan mantera... Polis larang sebar foto ngeri mayat

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, netizen Malaysia tolong siasat... Ada yang nampak macam kena jerut!

Meskipun video itu diiringi dengan bunyi muzik latar, namun netizen dapat mendengar suara lelaki misteri di sebalik rakaman berkenaan.

Suara itu seakan-akan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

tangmo 1

Punca kematian Tangmo terus menjadi misteri.

"Bawa kawan awak datang ke sini! Bawa kawan awak datang ke sini," kata seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

Difahamkan pihak polis kini sedang menyiasat video terakhir Tangmo itu selepas ramai netizen mendakwa mendengar perbualan mencurigakan itu.

Dalam pada itu, salah seorang nelayan di kawasan berkenaan turut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

tangmo mayat

Foto mayat Tangmo tular di laman sosial.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi, pihak polis memaklumkan akan menyiasat dakwaan itu dengan lebih lanjut.

Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.

tangmo 2

Polis siasat lima sahabat yang turut berada di atas bos sama.

Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto 'ngeri' itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.

Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

TONTON VIDEO INSTAGRAM INI!

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain