suria

Heboh foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, netizen Malaysia tolong siasat... Ada yang nampak macam kena jerut!

Beberapa keping foto didakwa mayat Tangmo tersebar di media sosial.

KISAH kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Terbaharu tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat aktres berkenaan selepas ditemui oleh pihak berkuasa pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Twitter dan Telegram, foto ngeri dipercayai mayat Tangmo itu tersebar meluas hingga mengundang simpati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Tangmo Nida dakwa diugut, terima buku pelik tulisan mantera... Polis larang sebar foto 'ngeri' mayat

ARTIKEL BERKAITAN: Lima individu dalam bot dinaiki Tangmo Nida bakal lakukan ujian penipuan, polis cuba kesan unsur cerita palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Polis bentang hasil forensik, temui luka besar di paha Tangmo Nida, calar di badan salah seorang penumpang bot

Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa kecederaan teruk pada bahagian paha.

Lebih menyayat hati, wajah Tangmo juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.

tangmo 5

Ngeri... foto dipercayai mayat Tangmo tersebar di Telegram.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pihak dapat mengesahkan mengenai kesahihan foto yang tersebar itu.

Menjengah laman Twitter, rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati dan terkejut apabila melihat foto berkenaan.

"Seriau tengok mayat Tangmo. Sampainya hati manusia tu biar dia lemas. Takutnya!

tangmo 3

Mayat Tangmo ditemui Sabtu lalu.

"Seram tengok gambar mayat Tangmo. Sampai hilang muka cantik dia.

"Kalau tengok gambar tu macam kena bunuh, nampak macam mendiang kena jerut di leher," tulis netizen.

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

tangmo 2

Polis jalankan siasatan kematian Tangmo.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain