suria

Dua tahun berjuang tuntut keadilan, bekas isteri lega Aliff Alli sudah ditahan polis

Aska bersama anaknya

BEKAS isteri kepada Aliff Alli iaitu Aska Ongi meluahkan rasa lega apabila akhirnya pelakon itu ditahan pihak polis atas tuduhan pemalsuan dokumen.

Bagi Aska perjuangannya selama dua tahun menuntut keadilan adalah demi mempertahankan hak sebagai seorang wanita dan ibu kepada anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Aliff Alli ditahan polis Indonesia, didakwa palsukan kad pengenalan anak... Berdepan 7 tahun penjara

“Saya sangat letih kerana dua tahun berjuang untuk hal ini. Sudah banyak perkara yang dibazirkan.

“Ini adalah demi keadilan dan harga diri,” ujarnya.

Peguam yang mewakilinya turut memberitahu Aska sedia dipanggil untuk menjadi saksi di mahkamah apabila kes ini dibicarakan nanti.

“Aska sangat bersyukur Aliff Alli telah ditahan.

“Kami berharap kes ini segera dibicarakan. Aska sedia untuk hadir sebagai saksi,” jelas Aulia Fahmi yang merupakan peguam kepada Aska.

aliff alli 1

Aliff ditahan pihak polis pada 1 Mac lalu

Pada 1 Mac lalu, Aliff yang berasal di Malaysia dan juga merupakan adik kepada pelakon Miller Khan dan Isa Khan ditahan pihak berkuasa di sana selepas Aska berjaya membawa bukti berkaitan tuduhan pemalsuan dokumen.

Aliff didakwa meletakkan nama keluarganya iaitu Khan pada anak mereka sedangkan perkahwinan yang mereka bina pada 2018 adalah tidak sah.

Aliff dan Aska berkahwin dalam satu majlis di Bali pada Disember 2018 namun berpisah selepas 11 bulan.

Mereka mempunyai seorang anak iaitu Alyssa Ismillah. -SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain