suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan terkejut pelakon Hong Kong Samantha Chuk Man Kwan tiba-tiba meninggal, rupa-rupanya 2 tahun rahsiakan penyakit

Samantha Chuk Man Kwan meninggal dunia dalam tidur.

DUA tahun merahsiakan penyakit, pelakon Hong Kong Samantha Chuk Man Kwan dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Perkara itu dilaporkan TVB bahawa pelakon berusia 55 tahun itu meninggal dalam tidur akibat kanser paru-paru.

Mendiang merahsiakan penyakitnya daripada kawan-kawan sehingga kematiannya mengejutkan ramai pihak.

Samantha terkenal dengan kerjayanya sebagai hos dan pelakon.

Dia bekerja sebagai kerani bank sebelum menyertai kursus lakonan Shaw Brothers pada tahun 1983.

Dia kemudian menyertai TVB pada tahun 1990.

Samantha dilaporkan sakit selama dua tahun dan tidak mahu orang lain tahu tentang penyakitnya.

Biarpun beberapa kali ditegur tentang tubuhnya yang semakin kurus, Samantha memberitahu dia menurunkan berat badan.

Penyakitnya tidak menghalang kerjaya lakonannya dan mengambil bahagian dalam sembilan buah drama tahun lalu. - Today Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia