suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Vanessa Angel berkali-kali mohon maaf, menyesal jadi punca kematian majikan

Tabagus Joddy mohon maaf atas kecuaiannya sehingga menyebabkan kemalangan meragut nyawa Vanessa dan suami.

PENYESALAN dan permohonan maaf oleh pemandu kereta pasangan Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah iaitu Tubagus Joddy menarik perhatian netizen.

Ketika dalam persidangan kes kemalangan yang meragut nyawa Vanessa dan suami, Tabagus berulang kali memohon maaf atas kecuaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pemandu arwah Vanessa Angel... Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kemalangan

Rata-rata netizen menganggap permohonan maaf Tabagus itu ikhlas dan turut memberi sokongan serta kata-kata semangat kepadanya.

Biarpun masih beranggapan Tabagus bersalah namun netizen menganggap kematian pasangan itu sudah ditakdirkan Allah.

Menerusi laporan sebelum ini, Tabagus Joddy mengakui menggunakan telefon beberapa kali sehingga berlaku kemalangan maut yang meragut nyawa Vanessa dan suaminya pada 4 November lalu.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia