suria

Kena boikot tidak halang Fazley Yaakob bekerjasama dengan Starbucks, tempat cari rezeki pekerja tempatan

Fazley diberi kepercayaan menjadi duta 16 jenama dalam dan luar negara.

PEKA dengan isu keamanan dunia yang diperkatakan sekarang ini, penyanyi dan cef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob juga sentiasa ambil tahu akan latar belakang mana-mana produk untuk dia bekerjasama.

Kata Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, dia juga amat menitik beratkan soal mata pencarian ramai golongan pekerja tempatan yang berkhidmat dengan jenama antarabangsa bawah pengurusan syarikat Malaysia.

"Semestinya saya akan buat kajian dahulu sebelum bekerjasama dengan mana-mana produk atau jenama. Saya juga memikirkan soal kelangsungan peniaga tempatan selain tempat mencari rezeki ramai pekerja tempatan.

fazley yaakob 3

Penglibatan Fazley sebagai duta turut membantu jenama tempatan.

"Jika sesebuah syarikat itu milik orang tempatan walaupun ia jenama antarabangsa yang dikatakan menyokong pihak tertentu, saya rasa tiada masalah untuk bekerjasama," katanya kepada mStar.

Fazley ditemui pada majlis santai bersama media di restoran miliknya iaitu Suka Sucre yang kini beroperasi di Hotel Maya, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tengah sibuk tumbuk sambal pun kena jawab isu Mawar Rashid buka tudung... Fazley Yaakob ulas spekulasi rumah tangga adik bergolak

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob hormat keputusan adik ipar, yakin Mawar Rashid sudah fikir secara mendalam sebelum lepas tudung

Dalam masa sama Fazley juga memberitahu kerjasama dia dengan sebuah syarikat rangkaian kedai kopi Starbucks masih diteruskan meskipun produk itu antara yang mula diboikot ramai kerana ia sebuah jenama dari Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menyokong Isreal.

AS merupakan negara sekutu negara haram itu yang melakukan serangan terhadap Palestin sehingga mengorbankan banyak nyawa terutama wanita dan kanak-kanak.

"Saya tahu di negara kita jenama itu adalah milik syarikat Malaysia. Mereka juga membuat sumbangan kepada rakyat Palestin. Mereka juga tidak didukung oleh syarikat dari luar negara.

Selagi tiada bukti atau fakta mereka menyokong pihak tidak sepatutnya, saya rasa ia bukan satu masalah

DATUK FAZLEY YAAKOB

PENYANYI/CEF SELEBRITI

"Saya tahu hala tuju mereka dan sebagai cef saya menjalankan tugas bagi memastikan semua terus membeli produk keluaran syarikat tersebut," ujarnya.

Tambah Fazley lagi tiada alasan untuk dia menamatkan kontrak dengan jenama tersebut atau mana-mana jenama lain sekiranya tiada bukti sahih syarikat berkenaan adalah menyokong keganasan Israel.

Malah dia juga sentiasa ambil maklum respons pengguna melalui media sosial yang sama peka terhadap isu sebegini.

fazley yaakob 2

Fazley syukur namanya masih dipilih sebagai duta produk.

"Kalau saya nak undur diri sekali pun kenalah ikut kontrak. Selagi tiada bukti atau fakta mereka menyokong pihak tidak sepatutnya, saya rasa ia bukan satu masalah.

"Saya juga menantikan kecaman di media sosial, tetapi ramai pengikut tahu latar belakang saya. Mereka tahu untuk menilai samaada perlu sokong, hentam atau boikot," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain