suria

Sharnaaz kecewa keputusan representasi ditangguh November depan, akui kes mahkamah ganggu urusan seharian

Sharnaaz sedia menunggu sehingga keputusan diumumkan mahkamah.

PELAKON Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kecewa apabila representasi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan masih lagi belum diputuskan.

Meskipun akur dengan keputusan mahkamah, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, bagaimanapun mengakui perkara itu sedikit sebanyak mengganggu urusan kerja sehariannya.

Justeru itu, dia berharap pada 17 November ini keputusan representasi itu akan diperolehi selepas menghantar permohonan itu kepada Jabatan Peguam Negara sejak 2 Mei lalu.

12121

Sharnaaz kecewa keputusan belum diputuskan lagi.

"Dia (kes) tak ganggu tugasan harian dan kerjaya saya, tetapi mengganggu perjalanan dari segi perniagaan, perbankan dan endorsemen dengan syarikat lain.

"Memang sedikit sebanyak mengekang kelancaran urusan rasmi saya yang tetap bersangkut paut dengan hal kerja. Agak ralat tapi nak buat macam mana, saya kena ikut undang-undang.

"Dah setahun lebih (tunggu). Ada sebab saya perjuangkan yang saya tak bersalah. Tapi tak mengapa saya okey saja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad kemuka representasi, ada kemungkinan pengadu tak mahu teruskan kes

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tegur berlapik, Sharnaaz dah malas nak berbalah dengan Azhar Sulaiman... “Kau layanlah apa dalam kepala kau”

Tambah Sharnaaz lagi, meskipun kes yang dihadapinya itu kecil namun dia masih perlu mengikuti proses yang sudah ditetapkan.

"Ada beberapa prosedur lain yang kita kena patuh, ada kes lain, ada birokrasi. Macam tadi kalau dapat keputusan representasi saya bayar kompaun dan balik.

"Kalau boleh saya pun tak nak benda ini berlaku, tapi mungkin pada masa depan saya kena lebih faham keadaan,” luahnya.

sharnaazz

Sharnaaz aku dengan keputusan mahkamah.

Pada 18 Januari lalu, aktor itu didakwa menumbuk dan menendang pengawal keselamatan selepas rakannya dilarang memasuki kawasan kondominium semasa hendak menghantar minyak masak di situ.

Sharnaaz bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur selepas pertuduhan tersebut dibacakan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain