suria

Sharnaaz Ahmad kemuka representasi, ada kemungkinan pengadu tak mahu teruskan kes 

Sharnaaz ditemani peguam semasa perbicaraan kes pukul pengawal keselamatan.

TERDAPAT kemungkinan pengadu dalam kes pelakon Sharnaaz Ahmad yang dituduh mencederakan seorang pengawal keselamatan Jun tahun lalu enggan meneruskan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Peguam mewakili Sharnaaz iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat bagaimanapun perkara itu masih belum ada kata putus namun pihaknya sudah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Mei lalu.

"Kami baru menghantar representasi pada 2 Mei lalu kerana terdapat beberapa dokumen dan perkara perlu diselesaikan.

"Ada juga kemungkinan pengadu tidak mahu meneruskan kes, namun buat masa ini masih belum ada kepastian," katanya kepada pemberita.

Sharnaaz bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Abu Bakar berkata demikian sebagai sejurus selesai selesai prosiding kes itu di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan namun berharap kes itu dapat diselesaikan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita... Minta peminat jaga sensitiviti bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Syaitan pun off day” - Sharnaaz Ahmad minta henti berbalah isu Syamsul dan Aaron Aziz, hormati bulan Ramadan

"Kalau kesudahan tidak seperti diharapkan, saya sedia untuk dibicarakan," katanya.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan 10 Julai depan bagi keputusan representasi yang dibuat Sharnaaz.

Pada 18 Januari lalu, aktor itu didakwa menumbuk dan menendang pengawal keselamatan selepas rakannya dilarang memasuki kawasan kondominium semasa hendak menghantar minyak masak di situ.

Sharnaaz bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur selepas pertuduhan tersebut dibacakan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain