suria

“Syaitan pun off day” - Sharnaaz Ahmad minta henti berbalah isu Syamsul dan Aaron Aziz, hormati bulan Ramadan

Sharnaaz mohon rakan artis henti berbalah.

PELAKON Sharnaaz Ahmad meminta semua pihak berhenti berbalah susulan namanya dikaitkan pengarah Syamsul Yusof ketika kontroversi penyingkiran Datuk Aaron Aziz menerusi filem The Original Gangster.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, semua pihak seharusnya bersikap profesional apatah lagi ketika ini umat Islam sedang beribadah di bulan Ramadan.

"Personal is personal. Sebagai pengarah, kamu tetap saya sokong dan hormat, Syamsul. Tanpa sangsi. Yang tahu sahaja tahu.

sharnaaz1 - 1

Kenyataan Sharnaaz di Instastory.

"Makin banyak bercakap takut terselak kain sendiri. Hormatilah Ramadan, tak perlu bergaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa syaitan yang sebenarnya?" soalnya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah berusia, faktor badan, kesihatan dan pandangan aktor lain antara sebab Aaron Aziz terpaksa digugurkan dalam Original Gangster

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau cakap pergi cucuk! Aku pergi cucuk" – Aaron Aziz dedah terpaksa ambil suntikan demi puaskan hati Syamsul

Pada Rabu lalu, Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca utama aktor asal Singapura itu digugurkan daripada The Original Gangster.

Syamsul berkata, dua pelakon filem berkenaan iaitu Sharnaaz dan Beto Kusyairy, penerbit dan pasukan koreografer turut tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana maslah kesihatan dialaminya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, semua pihak terlibat dalam The Original Gangster sudah berhempas pula menyiapkan filem tersebut sehingga banyak perkara terpaksa dikorbankan.

sharnaaz2 - 1

Sharnaaz turut bersuara isu boikot filem.

Jadi adalah tidak adil apabila ada pihak yang mahu memboikot filem tersebut hanya kerana masalah peribadi melanda pengarahnya selain kontroversi melibatkan Aaron.

"Untuk menjayakan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah telah dicurahkan, ada anak isteri ditinggalkan, kerja dalam bahaya, buat aksi membahayakan.

"Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik di Malaysia. Bukan gangster yang cuba diangkat, tetapi kualiti daripada gambar, pencahayaan dan aksi di luar skala biasa.

"Jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi di belakang tabir ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain