suria

Anak buat Shikin Maembong terbuka hati bercinta, kagum sikap kebapaan Cat Farish - “Arianna panggil dia daddy”

Cat ada ciri-ciri lelaki yang Shikin mahukan sebagai pasangan hidup.

KAKAK kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan sikap kebapaan yang dimiliki Cat Farish membuat pintu hatinya terbuka untuk membuka hatinya buat penyanyi dan komposer itu.

Shikin atau Siti Nur' Ashikin Ismail, 40, berkata layanan baik dan hubungan rapat Cat dengan anak tunggalnya iaitu Putri Arianna Natasya, 8, membuatkan dia berubah fikiran.

"Ya, kami memang sedang dalam tempoh berkenalan. Kami bertemu ketika sama-sama berniaga di Starvendor. Apa membuatkan kami rapat adalah anak-anak kami, dia pun seorang yang bersikap kebapaan dan pandai mengambil hati anak saya.

"Sejujurnya anak saya tak mudah terima orang lain tapi dengan Cat dia jadi mesra.

342697616_1210572213152799_7014871706718221207_n

Kecoh Cat Farish dan Shikin sambut ulang tahun Arianna.

"Sebelum ini anak selalu pesan saya jangan bercinta atau kahwin lain tapi pertemuan pertama Arianna dengan anak sulung Cat mereka terus rapat.

"Mereka borak-borak sampai saya cakap dengan Cat yang dia orang itu macam dah lama kenal. Waktu itu saya masih malu-malu lagi dengan Cat tapi anak kami nampak rapat," katanya kepada mStar.

Disebabkan terlalu mesra, Arianna juga dikatakan tersasul memanggil Cat sebagai daddy pada awalnya sehingga panggilan itu melekat sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak restu hubungan Cat Farish dan Shikin Maembong, tak mahu bercinta lama-lama

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong kongsi cabaran kahwin suami orang, terpaksa mengalah - “Kita jangan melawan, itu memang hak dia”

Kata Shikin, Cat yang merupakan bapa tunggal bukan sahaja pandai mengambil hati anaknya namun cekap menguruskan tiga anak kandungnya.

"Cat pandai ambil hati anak dan dia manjakan anak-anak tapi apa yang saya lebih suka pada Cat apabila dia mampu urusankan anak-anak dia sendiri," ujarnya.

Tidak menolak sekiranya berjodohan dengan Cat, Shikin memberitahu keterujaan anaknya itu membuatkan dia dan Cat merancang untuk lebih serius.

Dia seorang penyanyang, seorang yang ambil berat dan bertanggung jawab.

SHIKIN MAEMBONG

KAKAK EMMA MAEMBONG

Dia yang sudah bergelar ibu tunggal selama dua tahun turut mengakui bahawa sudah bersedia untuk menjadi isteri lagi memnadangkan sikap Cat yang bertanggungjawab dan penyayang.

"Saya lebih utamakan anak saya, itu perancangan sahaja. Insya Allah. Anak saya sebenarnya yang mula bercakap mengenai berkahwin ini. Dia yang tanya bila saya nak kahwin dengan daddy. Raya tempoh hari pun dia cakap nak beraya dengan kakak-kakak.

"Itu yang saya bincang dengan Cat kenapa tidak kita rancang untuk masa depan dan mengenali lebih antara satu sama lain.

"Dah dua tahun kan jadi ibu tunggal, selama ini kita buat semua sendiri. Bertukang dan angkat gas sendiri jadi dengan kehadiran Cat sedikit membuka hati dan ciri-ciri lelaki saya nak pula ada dekat dia.

Snapinsta.app_318491335_1259341608131960_4150822117779067364_n_1080

Shikin seronok lihat Arianna mesra dengan Cat.

"Dia seorang penyayang, mengambil berat dan bertanggungjawab. Dia layan anak saya pun baik," jelasnya.

Untuk rekod, Cat bergelar duda buat kali kedua selepas perkahwinan dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 berakhir dengan penceraian pada Februari lalu.

Bagaimanapun perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Snapinsta.app_342399384_1909609019438328_6126560075600900551_n_1080

Cat dan Shikin rancang halalkan hubungan hujung tahun ini?

Manakala Shikin, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Cef Wan pada 5 Disember 2014.

Pasangan itu yang dikurniakan seorang anak perempuan, Arianna, 8, bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain