suria

Anak-anak restu hubungan Cat Farish dan Shikin Maembong, tak mahu bercinta lama-lama

Cat dan Shikin akui sedang berkenalan rapat.

SELEPAS empat bulan bergelar duda, penyanyi dan komposer Cat Farish sedang berkenalan rapat dengan kakak kepada aktres Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Tidak mahu menyembunyikan hubungan yang terjalin, Cat atau Farish Ramli, 49, berkata, hubungan tersebut sudah terjalin sejak sebulan lalu ketika mereka sama-sama berniaga di sebuah festival jualan Aidilfitri pada Ramadan lalu.

"Sekarang ini saya memang dengan dia (Shikin), kami sedang dalam proses kenalkan anak-anak kami. Hubungan kami pun baru lagi dalam sebulan macam itu.

"Hubungan kami mula dengan perniagan, sama-sama ada minat berniaga. Kami kenal pun ketika buka gerai di Starvendor," katanya kepada mStar.

Cat bersama tiga anaknya.

Dalam pada itu, Cat memberitahu hatinya terbuka untuk berkenalan dengan Shikin selepas anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita berkenaan.

Tidak mahu terburu-buru, Cat berkata, ketika ini mereka masih lagi mencari keserasian sebagai pasangan meskipun anak-anak sudah memberi lampu hijau.

"Memang masih dalam sesi kenal hati budi lagi, macam saya pun pada mulanya tidak mahu beriya mencari pengganti tapi apabila anak-anak serasi dengannya, mereka pula yang lebih lincah berkomunikasi dengan Shikin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz cerai 3 kali terhadap isteri, Cat Farish serah mahkamah buat keputusan... “Mungkin berlaku tanpa niat”

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Cat Farish selamat bernikah lagi - “Inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?”

"Memang agak terkejut dengan reaksi mereka apatah lagi anak sulung saya memang cukup susah nak rapat dengan orang.

"Betitik tolak daripada itu, kami mula berjumpa lagi dan dia juga ada tolong saya masa hari raya tempoh hari," katanya.

Sementara itu, Cat berkata, dia tidak menolak sekiranya ada jodoh dengan Shikin memandangkan usianya juga hampir mencecah 50 tahun.

Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik.

CAT FARISH

PENYANYI/KOMPOSER

Katanya lagi, dia juga tidak ambil peduli dengan kata-kata nakal masyarakat yang mungkin menganggap terlalu awal untuk dia mencari pengganti memandangkan baru sahaja bercerai.

"Kalau ikutkan nak esok (kahwin), tapi kalau mengikut ramalan bulan dan bintang mungkin hujung tahun. Semuanya kenalah dengan cara yang betul.

"Kami memang ada bercakap mengenai perkara ini tapi baru sekadar bercakap. Kalau boleh menang nak cepat sebanyak kami banyak berniaga bersama.

"Tak manis juga kalau orang tengok kami asyik berdua sahaja. Umur masing-masing pun bukan 30-an, kalau dah berusia ini, bercinta sangat tak sesuai. Baik cepatkan perkara baik.

"Takkan nak dukung anak kecil lagi bila usia dah cecah 50 tahun," ujarnya.

Untuk rekod, Cat berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada Februari lalu.

Bagaimanapun perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Shikin mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Manakala Shikin, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Cef Wan pada 5 Disember 2014.

Pasangan itu yang dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya, 8, bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain