suria

Persembahan tak berjaya pikat hati juri, Siti Nordiana minta maaf kepada peminat

Persembahan Nana mendapat kritikan daripada juri.

SUSULAN persembahan kurang memuaskan di konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad, penyanyi Siti Nordiana tampil membuat permohonan maaf kepada peminatnya.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 39, berjanji kepada peminat akan melakukan persembahan yang lebih baik pada konsert akan datang.

"Mader (panggilan Nana) minta maaf okay. InsyaAllah mader will come back stronger... terima kasih," katanya.

nana1 - 1

Persembahan Nana di minggu keempat kurang memuaskan.

Menerusi persembahan lagu Ada Apa Dengan Cinta gandingan bersama penyanyi undangan Amir Masdi, nyanyian Nana dilihat gagal menambat hati para juri.

Menurut Datuk Ramli MS, persembahan Nana dilihat kurang memuaskan dan memberitahu nyanyian Amir pula dilihat lebih menyerlah.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana alami masalah peti suara, rupanya sudah 5 kali dijangkiti Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: "Doa orang di luar sana makbul" - Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat

"Persembahan tak seimbang... menonjol sangat si Amir tu. Vokal Amir sangat kuat dan bila kamu (Nana) menyanyi dekat harmoni berterabur," ujarnya.

Sementara itu, juri Hetty Koes Endang turut meluahkan rasa kecewa dengan persembahan yang diberikan Nana.

"Kamu (Nana) dari awal persembahan sampai akhir teruk. Kurang berhasil malam ini. Bunda kecewa," jelasnya.

Justeru itu, Nana menduduki tangga kedudukan kedua terakhir dengan jumlah markah sebanyak 49 peratus.

nana2 - 1

Nana dan Amir bergandingan dalam lagu Ada Apa Dengan Cinta.

Penyanyi Aishah pula berada di kedudukan terakhir dengan markah 43 peratus sekali gus diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain