suria

“Doa orang di luar sana makbul” - Aishah peserta ketiga tersingkir All Stars Gegar Vaganza minggu keempat 

Persembahan Aishah bersama Vince gagal menarik perhatian juri.

PERJUANGAN merebut gelaran juara buat Datuk Aishah menerusi program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti apabila dia diumumkan tersingkir pada minggu keempat pertandingan pada malam Ahad.

Aishah yang tampil menerusi lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince Chong gagal menarik hati juri profesional sekali gus berada di kedudukan paling corot.

Juri tetap dari Indonesia, Datuk Hetty Koes Endang dalam komennya tidak menafikan kehebatan vokal Aishah namun berpendapat penyanyi berusia 58 tahun itu kurang memukau daripada segi emosi ketika menyampaikan lagu berkenaan.

aishah 33

Aishah dan Vince menyampaikan lagu Terlanjur Cinta.

"Lagu ini mungkin satu yang baru buat anda. Dari segi vokal, tidak diragukan tetapi ada sesuatu emosi yang tidak kena.

"Perlu latihan lagi. Lagu ini lagu cinta, tenang sahaja. Jangan emosi," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: World class performance! Gandingan Liza Aziz dan Noryn Aziz dapat pujian, satu auditorium berdiri beri penghormatan

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

Sementara itu, Aishah berkata, meskipun sedih namun dia gembira apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir.

"Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana yang makbul untuk saya keluar.

"Saya agak gembira, esok saya boleh sambung tidur," katanya.

ayai 1

Persembahan mantap Ayai dan Datuk M. Nasir mendapat pujian juri.

Sementara itu, penyanyi Noryn Aziz mendapat tempat pertama dengan 85.25 peratus, diikuti Liza Hanim (85 peratus) dan Ayai berada di kedudukan ketiga dengan 83.25 peratus.

Dalam pada itu, Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain