suria

Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

Elly Mazlein mendedahkan sebab sebenar dia mengundurkan diri sebagai hos ASGV.

PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein menjelaskan keputusan mengundurkan diri daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) kerana ingin memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan lebih selesa.

Tidak menyebut secara spesifik tentang individu dimaksudkan, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata, keputusannya mengundurkan diri sebagai hos bukan bererti dia kalah tetapi memilih untuk tenang dan bahagia.

Katanya yang lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom itu, rezeki seseorang sudah ditentukan oleh Allah dan enggan menjadi perkara itu sebagai perbalahan.

"Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita, sebab apa? Sebab niat kita baik untuk memberi laluan kepada 'orang is shaking' buat kerja dengan lebih selesa.

elly mazlein 2

Elly sempat bersama Jihan dan Nabil selama tiga minggu sebagai hos ASGV.

"Lagi satu, jangan gaduh fasal rezeki. Allah dah susun baik untuk kita semua," katanya.

Elly meluahkan isi hatinya itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Elly turut menegur walau sehebat mana seseorang itu namun sikap sombong dan hebat diturunkan selain mengingati asal usul sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: ASGV minggu 4 ‘sendu’ tanpa Kak Lina, Nabil dan Jihan ucap terima kasih kepada Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Ahmad terkejut, tak tahu Elly Mazlein undur diri mengacara All Stars Gegar Vaganza

"Kawan pula megelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ini. Dunia, dunia.

"Menghukum orang tak habis supaya diri nampak terpaling baik. Makin terserlah kelucuan ini.

"Walau sehebat mana kita, sombong hebat itu kasi turun sikit dik. Ingat asal usul," ujarnya.

elly mazlein 33

Elly sebelum ini memberitahu dia mengundurkan diri atas alasan peribadi.

Pada 11 Oktober lalu, Elly mengumumkan dia mengundurkan diri sebagai pengacara ASGV di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Astro dalam satu kenyataan memberitahu keputusan Elly tidak lagi bersama ASGV disebabkan hal peribadi.

Elly menerusi Instagram miliknya selepas itu turut menyangkal dakwaan pengunduran dia adalah gimik selain keputusan dibuat atas kehendak sendiri dan bukannya produksi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain