suria

Penggiat seni menganggur tiada peluang kerja, Jurey Latiff minta PM campur tangan isu perolehan rancangan

Jurey (kanan) mohon perhatian PM untuk bantu penggiat seni.

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menuntut campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perolehan rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada mStar, Presiden PTVM iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli memberitahu masalah berbangkit itu telah memberikan kesan buruk kepada ramai penggiat seni termasuklah tiada peluang pekerjaan.

Justeru itu, Jurey memohon kerajaan mengambil berat dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini supaya nasib penggiat seni terbela.

jurey 2

Jurey mohon penjelasan berhubung isu perolehan RTM.

"Untuk makluman tahun ini merupakan tahun paling sukar apabila sehingga ke hari ini kami masih lagi ternanti-nanti keputusan perolehan rancangan di RTM. Perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang penglibatan kami membekalkan program di RTM.

"Hal sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada imej dan reputasi kerajaan Madani apabila ramai dalam kalangan anak seni yang terpaksa menganggur akibat tiada peluang pekerjaan," katanya.

Tambah Jurey, ada dalam kalangan pemain industri yang mengambil keputusan untuk beralih bidang memandangkan kurang tawaran yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dana Kandungan Digital dan kebajikan artis antara topik hangat ‘town hall’ bersama menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan dengan Fahmi Fadzil berjaya, PTVM mahu lihat industri kreatif berubah

Dalam masa sama, dia juga memberitahu banyak syarikat produksi bergantung kepada RTM sebagai stesen kerajaan dalam memberi peluang pekerjaan penerbitan rancangan.

"Majoriti syarikat penerbitan TV bergantung dengan perolehan RTM kerana hanya stesen kerajaan yang memberikan lebih peluang kepada syarikat-syarikat kecil untuk terlibat.

"Demi kelangsungan hidup, penggiat seni berusaha dan bukan duduk sahaja dengan melakukan pelbagai kerja. Ini membuktikan penggiat seni meninggalkan karier seni kerana kurang tawaran atau tiada tawaran yang banyak berbanding sebelum ini," ujarnya.

jurey 3

Jurey mahu bela nasib anak seni.

Seementara itu, Jurey mencadangkan agar diadakan satu sesi taklimat bagi membincangkan isu berbangkit ini.

Malah, PVTM juga memohon agar dapat diberikan bantuan dana bagi merancakkan lagi industri kreatif tempatan.

"Kami memohon untuk memberikan taklimat dan cadangan bagi memperbaiki ekosistem industri yang lebih kondusif. Kita mempunyai Dasar Perfileman Negara dan Dasar Industri Kreatif Negara yang hanya berfungsi sebagai pernyataan tetapi tidak diperkasakan dalam perlaksanaan.

"PTVM berharap kerajaan membantu industri kreatif dengan memberikan dana urustadbir dan menjadikan kami sebagai rakan stratergik dalam menyampai dan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain