suria

“Hak dia untuk saman” - PU Syed tak gentar tuntutan Baby Shima, anggap ujian cegah kemungkaran

PU Syed anggap Baby Shima berhak untuk menyamannya.

PENCETUS Ummah (PU) Syed tidak terkesan dengan tuntutan saman yang difailkan oleh penyanyi Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah sebelum ini.

Dalam hal ini, Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata pihaknya tetap dengan pendirian menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut agama.

"InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman.

"Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran," katanya kepada mStar.

Syed 2

PU Syed tetap pendirian untuk mencegah kemungkaran.

Sementara itu, Syed memberitahu dia baharu mengetahui mengenai tuntutan itu selepas dihubungi mStar pada petang Rabu.

Syed bagaimanapun menganggap perkara ini sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam.

"Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima saman PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed puji suara sedap, minta Aliff Syukri fahami erti Aidilfitri - “Lawan bukan ikut hawa nafsu”

"Para anbiya dan salafuna soleh... ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak!

"Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memfailkan saman terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.

Menurut peguam yang mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Shima 2

Baby Shima saman PU Syed dipercayai berkaitan fitnah.

Shima bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.

Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon itu menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

Sementara itu, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain