suria

Baby Shima saman PU Syed

Baby Shima memfailkan saman terhadap PU Syed.

PENYANYI Baby Shima memfailkan saman terhadap dua individu iaitu pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor.

Menerusi kenyataan media, peguam mewakili penyanyi berkenaan iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

baby1 - 1

Baby Shima enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.

Menurutnya, tindakan saman terhadap dua individu itu berkait ucapan kata-kata fitnah terhadap anak guamnya sebelum ini.

"Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima tampil sopan, tapi netizen minta jaga bahasa - "Ayat biar ikhlas jangan menyindir sangat"

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kontroversi, Baby Shima lega keluarga tak tengok media sosial... Lebih berwaspada selepas terima ugutan

Sementara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli enggan mengulas lanjut kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.

Abd Rahman mendakwa penyanyi dan pelakon itu menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

Sementara itu, PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain