suria

Zizan Razak tak balik Terengganu, mula terbiasa sambut raya di ibu kota

Kata Zizan suasana raya di KL tetap meriah kerana ada rakan-rakan.

TAHUN ketiga meraikan sambutan hari raya di Kuala Lumpur, pelakon dan pelawak Zizan Razak akui semakin biasa dengan suasana menyambut 1 Syawal di ibu kota.

Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 39, sejak pemergian neneknya yang meninggal dunia pada Oktober 2020, dia dan ibunya memilih tidak lagi pulang ke kampung di Terengganu untuk berhari raya.

“Semenjak ketiadaan nenek, kami pilih untuk sambut raya di KL sahaja namun tetap akan pulang ke Terengganu pada raya kedua atau ketiga menziarahi saudara-mara di sana.

zizan razak 222

Zizan tidak dapat bercuti lama kerana sibuk dengan kerja.

“Raya di KL okey sahaja. Ada ramai kawan-kawan di sini. Suasana pun sama sahaja sebab yang duduk KL pun ada yang asal kampung. Jadi masih ada hidangan raya seperti biasa.

“Disebabkan ada ramai kawan-kawan yang turut beraya di KL, jadi dapatlah saya datang ke rumah mereka. Aktiviti raya biasa memang makan sahaja,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak cabar diri jadi pengarah, mahu kembangkan bakat sebagai anak seni... “Saya tak janji bulan bintang”

Tahun ini Zizan juga tidak merancang untuk bercuti lama kerana jadualnya sudah dipenuhi dengan tuntutan kerja.

Selain terlibat dengan penggambaran di lokasi, Zizan juga sibuk dengan promosi filem terbaharunya berjudul Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan pada 25 Mei ini.

Suasana pun sama sahaja sebab yang duduk KL pun ada yang asal kampung.

ZIZAN RAZAK

PELAKON/PELAWAK

“Kerja macam saya ini jadual memang tidak menentu. Tahun ini saya tak boleh nak cuti panjang kerana perlu mula kerja untuk promosi filem.

Polis Evo 3 adalah sebuah filem yang sangat menarik kerana saya boleh katakan ia gabungan antara yang pertama dan kedua. Cukup lengkap dengan aksi, komedi dan drama,” ujarnya.

zizan razak 555

Zizan dan Shaheizy Sam sekali lagi berganding dalam Polis Evo 3.

Sementara itu Zizan yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 15 April lalu berharap tahun ini akan terus memberi kejayaan kepadanya dalam bidang seni.

“Tahun ini memang saya betul-betul fokus untuk bidang seni sahaja. Saya juga mula terlibat sebagai penerbit dan pengarah dan rasa seronok melakukan kerja baru itu.

“Apabila usia semakin meningkat pastinya kita ingin majukan diri. Namun ia bukan sekadar diukur dari kekayaan, malah turut melihat kepada kejayaan yang dicapai. Itu yang saya mahukan,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain