suria

“Satu kampung datang nanti ” - Rumah terbuka bukan budaya di Indonesia, Rossa hanya sapa peminat di media sosial 

Rossa menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan teman rapat.

SEPERTI kebiasaan penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa akan menyambut Aidilftri bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramdan di kampung halamannya di Sumedang, Jawa Barat.

Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, berkata, lebaran tahun ini akan lebih meriah memandangkan dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19 dan tidak dapat 'mudik' ke kampung.

"Tahun lalu mungkin kita belum banyak boleh berjumpa dengan bebas, tetapi tahun ini memang betul-betul sudah kembali ke zaman sebelum pandemik.

"Seperti biasa, saya akan menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapa saya yang mengambil masa tiga jam perjalanan dari Jakarta jika memandu kereta.

rossa2 - 1

Rossa hanya menerima baju raya pemberian rakan designer.

"Sambutan raya saya bersama Rizqi (anak) rasanya tidak terlalu mewah kerana apa yang penting bagi saya adalah dapat berkumpul bersama keluarga," katanya kepada mStar.

Menurut penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu lagi, dia tidak membuat sebarang persiapan baju raya kerana semuanya telah diberikan oleh rakan-rakannya yang juga merupakan pereka fesyen.

"Baju raya pun saya pakai apa yang ada di rumah dan sejujurnya saya tidak membeli baju raya. Cuma, kebetulan rakan-rakan saya ramai pereka fesyen jadi mereka banyak memberikan baju buat saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa harap 'Khanti' ulang kejayaan 'Ayat-Ayat Cinta', sedang intai kolaborasi dengan penyanyi Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa terkejut Chakra Khan datang konsert di KL, busana RM235,000 curi tumpuan sempena 25 tahun jadi penyanyi

Ditanya sama ada selebriti di Indonesia ada mengadakan rumah terbuka bagi membolehkan peminat datang, Rossa berkata, ia bukan budaya di negaranya.

Kata Rossa, biasanya dia hanya berinteraksi dengan peminat di media sosial sebagai cara menghargai mereka di bulan Syawal.

"Kalau di Indonesia, artis-artis di sini tidak membuat rumah terbuka untuk peminat. Paling-paling pun kami akan berinteraksi bersama peminat di pagi raya dengan membuat siaran langsung di media sosial.

"Kalau buat rumah terbuka rasanya satu kampung akan datang, macam buat konsert pula," katanya sambil berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain