suria

Tular video Zul Yahya jalan seorang diri seperti berdepan masalah, isteri buka cerita

Isteri kongsi Zul Yahya dalam keadaan baik-baik sahaja.

VIDEO tular memperlihatkan pelakon Zul Yahya berjalan sendirian seperti sedang berdepan masalah mengundang simpati netizen di media sosial.

Menjawab mengenai rakaman tular itu, isteri kepada Zul iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik tidak seperti diperkatakan netizen.

Kata Raihan, Zul hanya menenangkan diri dengan berjalan-jalan sendirian pada pagi itu.

331325471_510513767832076_1578665956742948920_n

Zul Yahya jalan seorang diri buat peminat risau.

"Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah... tiada apa-apa.

“Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok memuat naik video mempelihatkan Zul Yahya berjalan bersendirian tanpa diketahui tujuan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak kaki ampu, rasuah, fikir keuntungan peribadi” - Zul Yahya ajak pekerja belakang tabir tinggalkan industri, cari kerja lebih berkat

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan nak kongsi video cium mulut, anak-anak tengok - Zul Yahya tegur rakan artis

Menerusi ruangan kapsyen, netizen itu meminta orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada bekas pelakon itu sekiranya bertemu dengannya.

"Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan kaki dari pukul 4 pagi sampai sekarang, 8.30 pagi. Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

"Sekarang ini masih ada dalam negeri Perak. #masalahkeluarga," tulisnya.

Sementara itu, Raihan memberitahu hubungan rumah tangga mereka berada dalam baik-baik sahaja.

326325398_184238820889221_8389574508246544194_n

Zul Yahya bersama isteri dan anak-anak.

"InsyaAllah, hubungan kami tiada apa," ujarnya.

Untuk rekod, Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam anak yang tiga daripadanya adalah perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain