suria

Zed Zaidi tegur pelakon main cinta di lokasi, Seniman tiada kuasa minta stesen TV gam artis bermasalah

Zed Zaidi menegur segelintir golongan pelakon.

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menegur golongan pelakon supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan cinta lokasi yang boleh menimbulkan masalah kepada seluruh tenaga produksi.

Zed, 43, berkata, perbuatan tidak profesional itu bukan sahaja boleh mencalarkan imej pekerja filem atau drama, malah mendatangkan kecaman andai membabitkan hubungan terlarang antara suami atau isteri orang.

Tambah Zed, dia memohon supaya selebriti tidak terbabit dengan cinta lokasi kerana ia hanya menyusahkan diri dan orang lain.

zs

Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

"Jangan jadikan method atau menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.

"Set penggambaran bukan tempat untuk seseorang pelakon bermain cinta sebaliknya tumpukan kepada niat untuk mencari rezeki," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Zed Zaidi dan Mat London antara ahli lembaga Finas ditamatkan perkhidmatan

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau tak mungkin ke Penjara Sungai Buloh" - Selepas 2 tahun, Zed Zaidi dedah bebas tuduhan sebar berita palsu

Zed berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran menandatangani hubungan kerjasama diantara Kamisempoi International Agensi (TikTok) dan kelab wanita ikon Malaysia kempen CSR 'Are you ok?' yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terutama untuk mengambil tindakan seperti digam stesen televisyen.

Jangan jadikan menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.

ZED ZAIDI

PRESIDEN SENIMAN

Jika memang mereka didapati bersalah, membawa kepada kes mahkamah barulah persatuan boleh ambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.

"Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah," ujarnya.

Zed berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelakon Sophia AlBarakbah yang didakwa cubaan mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Sementara itu, Zed turut menasihatkan kepada rakan artis apabila timbul isu membabitkan mana-mana rumah tangga, mereka wajar berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

"Apabila isu babitkan sesebuah keluarga, selebriti yang terbabit kena tahu cara untuk memberi reaksi.

"Biasanya apabila seseorang artis itu kurang arif soal ini, mereka cenderung memberi reaksi menggunakan emosi," katanya.

zed2 - 1

Selebriti wajar berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Bagaimanapun, Zed merancang untuk mengadakan program mengasah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelakon melalui kerjasama dengan Kementerian Kemahiran Komunikasi dan Digital.

"Seniman akan memohon kementerian untuk bersama-sama menggariskan panduan berhubung apa boleh dan tak supaya dijadikan rujukan semua artis tempatan.

"Ia supaya dapat melahirkan lebih ramai bakat baru yang bijak berkomunikasi dan berkebolehan berdepan sesuatu isu dengan bijak," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain