suria

‘Cool’ jer Fasha Sandha jawab netizen kata lebih cantik masa dengan bekas suami...“Zaman 20-an tak sama dengan 30-an”

Fasha tenang menjawab komen netizen.

PELAKON Fasha Sandha tidak melenting menerima komen netizen yang memuji penampilan aktres itu dikatakan lebih cantik sewaktu bersama bekas suami, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Menerusi sebuah komen yang ditinggalkan di Instagram mStar, seorang peminat memberitahu dia suka melihat Fasha sewaktu bersama Jejai kerana lebih cantik dan bergaya.

Bagaimanapun, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menjawab kenyataan yang diberikan peminat itu dengan baik.

WhatsApp Image 2023-02-04 at 10.41.19 AM

Komen yang ditinggalkan di Instagram mStar.

"Zaman 20-an tak sama dengan zaman 30-an yang menghampiri umur 40 sister. Apa-apa pun terima kasih," katanya.

Dalam pada itu, komen tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang jelita dan tidak perlu membandingkan penampilannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa 'body shaming'... Doa dikurniakan anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tiada masa 'update' media sosial, fokus ibadah 9 hari di Tanah Suci

"Sekarang pun cantik sahaja. Tak perlu menilai dia dengan yang dulu pun sebab dia sendiri bersyukur dengan apa yang dia ada.

"Fasha cantik sahaja, pernah jumpa dekat KLCC memang cantik semula jadi dan merendah diri. Sentiasa tersenyum," tulis peminat.

Sebelum ini, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen yang mengatakan dirinya hamil, sedangkan dia tidak berbadan dua.

Pelakon drama Serpihan Sayang itu menjelaskan dia hanya mengalami perubahan bentuk badan yang sedikit berisi.

"Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa itu. Waktu itu baharu lepas makan nampak macam ada perut. Semasa itu, saya sedih gila bila orang body shaming saya," ujarnya.

fs3 - 1

Fasha sering melayani peminat dengan baik.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.

Aktres itu kemudiannya berkahwin dengan Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain