suria

“Sampai dekat stadium buat kerja” - Salute tindakan suami Noorkhiriah, gigih kutip sampah selepas tonton perlawanan bola sepak

Sikap bertanggungjawab kepada kebersihan suami pelakon Noorkhiriah patut diberi pujian.

PERKONGSIAN video pelakon Noorkhiriah mnemperlihatkan suaminya iaitu Azfaizul Ahtan sedang mengutip sampah selepas perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil menerima pujian netizen di media sosial.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, memuat naik video itu selepas hadir memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam perlawanan merebut Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 antara Malaysia dan Singapura pada Selasa lalu.

Noorkhiriah kongsi rakaman video suaminya sedang mengutip sampah selepas tamat perlawanan bola sepak

Dalam video tersebut, Azfaizul yang mengenakan baju jersi bola sepak Malaysia serta topi berwarna hitam dilihat mengutip sampah bersama-sama dengan penyokong lain selepas perlawanan itu tamat.

"Sampai di stadium pun buat kerja. Habis perlawanan terus kutip sampah. Itupun dia cakap plastik tidak cukup. Tahniah Malaysia 4-1. Semoga Allah membalas kebaikan awak. Saya tengok sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kalau tiada ‘job’, Noorkhiriah harap anak tak ikut jejak langkah jadi pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!”

Noorkhiriah bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram miliknya itu.

Sebelum itu, semasa perlawanan berlangsung Noorkhiriah dilihat beramah mesra bersama rakan pelakon iaitu Datuk Fizz Fairuz yang turut hadir untuk menyokong Malaysia pada malam itu.

Untuk info, Malaysia mara ke pusingan separuh akhir selepas membenam Singapura 4-1 pada perlawanan penentuan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya memintas Singapura untuk muncul naib juara kumpulan dengan mengumpul keseluruhan sembilan mata di belakang Vietnam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain