suria

Nana Mahazan terharu terima dana RM50,000 untuk bantu mangsa banjir… “Nak jadi kaya sebab dapat sumbang lebih banyak”

Nana terima dana untuk bantu mangsa banjir.

PENYANYI dan pengacara Nana Mahazan tidak menyangka menerima kejutan dana sebanyak RM50,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Dana sumbangan tersebut diperoleh daripada RichWorks bersama usahawan-usahawan jutawan yang dibimbing melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 38, yang juga merupakan ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terharu apabila diberi kepercayaan menjadi penghubung menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

nana1 - 1

Nana menerima cek replika daripada Datuk Azizan Osman.

"Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan iaitu memberi kembali kepada komuniti.

"Pada akhirnya, fokus untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang... nak jadi kaya sebab dapat menyumbang lebih banyak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan penat asyik dituduh jual produk 'timbang kilo'

ARTIKEL BERKAITAN: 19 tahun dalam industri seni, Nana Mahazan mahu anjur kelas bina keyakinan diri secara percuma... Rancang 'pusing' satu Malaysia

Dalam pada itu, Nana menjelaskan juga bahawa ilmu diterima di RichWorks bukan hanya mengajar mengenai ilmu perniagaan tetapi lebih daripada itu.

"Di sinilah saya berhijrah, faham juga banyak ilmu agama, membantu lebih ramai orang dan tanggungjawab sebagai manusia," ujarnya.

Sebelum ini, Nana menerima replika cek daripada Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman yang disampaikan ketika program Inner Circle Meeting yang diadakan di Langkawi, Kedah pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd memberitahu, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.

nana2 - 1

Nana sebak terima kejutan RM50,000.

"Kami memahami perasaan dihadapi mangsa banjir yang ramai di Pantai Timur termasuk di Sabah ketika ini.

"Kami sendiri pernah alami banjir teruk di Shah Alam pada tahun lalu, pejabat dinaiki air hinggakan ada staf terpaksa bermalam di dewan," ujarnya.

Untuk rekod, pada hujung tahun lalu, RichWell salur sumbangan berjumlah RM500,000 bagi mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain