suria

“Tak nampak pun keyboard warrior?” Fezrul Khan sindir netizen isu bela anjing, kongsi video unit K9 bantu kesan mangsa tanah runtuh

Fezrul Khan kongs kegunaan anjing K9.

NAMA pelakon Fezrul Khan pernah menjadi bualan hangat netizen yang mengkritik tindakannya memelihara beberapa ekor anjing sebagai haiwan peliharaan.

Isu itu menjadi perdebatan netizen selepas Fezrul memuat naik beberapa video di Instastory yang memaparkan beberapa ekor anjing peliharannya menjaga kebun miliknya.

Terbaharu, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui, 40, seolah-olah menyindir netizen yang pernah ‘menyekolahkan’ dirinya tentang hukum memelihara anjing sebelum ini.

Fezrul Khan sindir netizen tentang kegunaan anjing.

"Kerja dia juga yang mencari mangsa. Mana acah-acah ustaz tak ada nampak pun keyboard warrior?," katanya.

Kenyataan bersahaja Fezrul itu dimuat naik bersama video unit anjing pengesan K9 yang menjalankan tugas misi menyelamat ketika kejadian tanah runtuh di Batang Kali, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fezrul juga berharap agar semua pihak menyedari akan kegunaan anjing tersebut dan bukannya terus menjatuhkan hukum.

"Nampak tak function K9 jangan sombong sangat. Siapa yang selamatkan?" katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kritik bela anjing, Fezrul Khan sudah rujuk al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu babak aksi nampak ‘real’... Fezrul Khan kata insiden cekik hanya kemalangan kecil, serik berlakon dengan Reen Rahim

Sebelum ini, Fezrul memberitahu dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun.

Malah dia juga meminta netizen yang mengkritiknya menyelidik terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukum terhadap seseorang.

"Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kitab suci ini sebagai panduan," ujarnya menerusi satu temubual bersama mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain