suria

Usaha kumpul duit beli kerusi roda untuk ayah, pemain biola Endang Hyder turunkan harga bayaran persembahan

Endang mahu dapatkan lebih banyak persembahan untuk jana wang.

DEMI membeli kerusi roda yang lebih selesa untuk ayah tercinta, pemain biola profesional iaitu Endang Hyder menurunkan kadar bayaran persembahan bagi memastikan lebih ramai pihak mendapatkan perkhidmatannya.

Endang atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder Zainuddin, 36, berkata dia berusaha mengumpul duit bagi menggantikan kerusi roda elektrik ayahnya yang telah mengalami kerosakan selepas dua tahun digunakan.

"Bateri dan motor kerusi roda ayah mempunyai masalah dan buat masa ini saya membelikan kerusi roda manual bagi membantu pergerakkan untuk sementara waktu.

Endang mahu belikan kerusi roda baharu untuk ayah.

"Sebenarnya ayah saya dapat kerusi roda elektrik yang sedia ada ini menerusi satu tajaan pada tahun 2020 semasa pandemik namun berdasarkan keadaan ayah dan kerusi roda itu sememangnya perlu di upgrade," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Endang memberitahu juga dia bersedia menjayakan lebih banyak persembahan untuk beberapa bulan bagi meraih pendapatan sesuai dengan tujuannya.

Ini selepas dia menurunkan harga setiap persembahan mengikut kesesuaian semasa iaitu bernilai RM1500 untuk lima buah lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak akibat masalah bil perubatan bapa, Endang Hyder terpaksa lepaskan biola kesayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Di Sebalik Nama Endang Hyder

"Kadar bayaran saya sebelum ini bermula RM2500 tapi agak susah saya nak dapatkan job. Jadi saya kurangkan harga iaitu RM1500 untuk lima lagu. Kalau dapat banyak persembahan boleh saya kumpul untuk bantu ayah.

"Saya sebenarnya tengah cari satu kerusi roda yang bagus untuk ayah memandangkan dia aktif orangnya. Saya harap kerusi roda baharu itu nanti dapat membantu dia berlatih menggunakan kaki palsu sekaligus mudah untuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan," ujarnya.

Kadar bayaran saya sebelum ini bermula RM2500 tapi agak susah saya nak dapatkan job.

ENDANG HYDER

PEMAIN BIOLA

Berkongsi mengenai kesihatan orang tuanya itu, Endang memaklumkan bahawa ayahnya penghidap kencing manis dan kedua-dua kakinya telah dipotong pada tahun 2010 dan 2020.

"Ayah dalam keadaan baik ketika ini namun saya perlu menghantar ayah ke IJN dua bulan sekali untuk pemeriksaan jantung memandangkan dia pernah buat bypass surgery pada tahun 2019.

Endang kurangkan kadar bayaran agar dapat lakukan persembahan lebih banyak.

"Dia penghidap kencing manis dan kedua belah kaki dia telah dipotong sebelah pada tahun 2010 dan sebelah lagi pada pendemik 2020," kongsinya.

Sebelum ini, Endang memuat naik satu ciapan di Twitter miliknya yang memaklumkan dirinya memerlukan lebih banyak persembahan untuk bulan Disember dan juga Januari depan bagi membaiki kerusi roda ayahnya.

Artikel Lain